CEPAT PENAT DAN MENGANTUK
Cepat penat dan mengantuk
Korang tido jam 10am dan bangun jam 6am. 8 Jam tidur adalah waktu yang sempurna untuk seseorang mendapat kecergasan. TAPI dalam perjalanan nak pergi kerja/kelas korang dah mula rasa mengantuk balik. Tengah tengah buat kerja kat opis, korang terlelap sambil lelehan air liur jatuh kat keyboard. Keadaan seperti ini sangat biasa berlaku dinegara kita.
Terdapat beberapa faktor penyebab yang terdapat disekeliling korang.
1- Korang pernah dengar atau tahu sensitiviti elektrik?? Haa jangan tak percaya pulak, sebab ada fakta yang mengatakan alat alat elektrik yang ada disekeliling korang tu boleh mempengaruhi sistem semulajadi badan. Sebagai contoh jarak korang dengan skrin computer terlalu dekat, letak handphone dekat dengan tubuh badan ketika tidur. Cuba korang elak kan berhampiran dengan alat alat tersebut sewaktu nak tidur.
2- Diabetes tanpa sedar – menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih setengah juta wanita diseluruh dunia menghidap diabetes. Diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh badan kita. Apabila glukosa tidak dituka
rkan kepada tenaga, badan akan memecahkannya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Kerap kencing, mudah letih dan lemah, cepat dahaga adalah tanda tanda diabetes. Korang diwajibkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Ujian darah akan dilakukan untuk mengukur tahap gula dalam darah. Kurangkan makan yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan pengambilan makanan laut, sayuran, dan buah.
3- Lunch yang korang amik tak menentu dan tak teratur akan menyebabkan korang mudah marah dan letih. Pengambilan makan yang tidak seimbang mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan tenaga dalam badan. Bila korang lunch tak perlu sangat korang makan banyak. Cukup memadai sejenis sayur dan sejenis ikan/ayam/daging. Lunch bermaksud makan tengah hari (hehe) dan makan tengah hari pula bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk memberi tenaga untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Lebih baik dan bagus ambil makanan berat ketika sarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan korang kecuali korang nak puase.
4- Kalau korang rasa macam lembab secara fizikal atau mental dan rasa murung, korang mungkin hidap hypotiroidism iaitu kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolism badan dan memperlahankan sistem badan untuk beroperasi. Korang disarankan pergi buat unian darah T3 dan T4 untuk mengesan masalah ini dan buat rawatan. Korang akan segar semula lepas buat rawatan.
5- Korang kurang minum air masak pun salah satu sebab cepat penat dan mengantuk. Minum air kosong paling kurang 2 liter sehari. Lagi kerap anda minum air kosong, air kencing korang akan lebih jernih dan terang.
6- Mesti sesetengah korang fikir kafein boleh membuat korang tidak mengantuk, tapi jika ambil secara berlebihan akan menyebabkan keletihan pada badan. Cuba hindarkan atau kurangkan pengambilan kafein. Bukan saje kopi, malah tea, cokelat, minuman ringan.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html