Ada apa disebalik senyuman
Senyum, tak perlu kata apa-apa.:) Senyum, mengingatkan kita bahawa hidup ini penuh kebahagiaan. Disebalik gerakan mudah bagi mengukir sebuah senyuman, tersimpan disebaliknya perbagai cerita dan fakta yang sangat menarik. Senyuman menggambarkan sesuatu yang indah, bahagia, tenang, sejuk, manis dll. Senyuman terukir diwajah seseorang bagi menggambarkan perasaannya yang sedang gembira. Kajian menunjukkan bahawa, kebanyakan lelaki lebih tertarik dengan seseorang perempuan melalui senyumannya. Manakala, berbeza pula dengan kebanyakan perempuan, yang lebih tertarik kepada lelaki melalui gaya kakunya berbanding senyuman. Namun, saya pasti semua bersetuju yang senyuman mampu membuat seseorang itu kelihatan lebih menarik serta dapat menenangkan hati orang yang melihatnya. Faktor umur juga tidak mampu mengubah kenyataan ini, di mana sekiranya seseorang yang berumur melontarkan senyuman kepada kita. Kita pasti akan mendapati wajahnya lebih manis berbanding tanpa senyuman.
Kebaikan senyuman :
1. Dapat membuat perasaan kita lebih tenang
– Sekiranya kita sedang marah atau tertekan dengan sesuatu, cubalah untuk senyum. Senyum mampu mengubati perasaan kita yang sedang berduka.
2. Senyum membuat kita kelihatan lebih menarik
– Ramai orang pasti akan lebih suka untuk berteman dengan seseorang yang pemurah dengan senyuman, berbanding mereka yang selalu merungut dan bermasam muka.
3. Senyum petua awet muda
– Senyum boleh dikatakan sebagai salah satu faktor awet muda. Ini terbukti apabila, orang yang selalu senyum boleh dilihat pada riak wajahnya yang sentiasa nampak ceria dan muda. Tetapi awas, jangan sampai senyum sorang2 ye..nanti xpasal2 masuk hospital hehe. 🙂
Fakta menarik tentang senyuman :
1. Turunkan tekanan darah
– Senyum ternyata dapat menurunkan tekanan darah seseorang itu. Selain itu, senyum juga boleh menambah kemasukan oksigen didalam darah, secara tidak langsung dapat meransang proses penyembuhan.
2. Baik untuk kesihatan
– Saintis berpendapat bahawa senyuman adalah suatu bentuk senaman dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh badan dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
3. Mengurangkan kesakitan fizikal
– Senyuman tidak hanya terbatas sekadar reaksi muka. Tetapi, senyuman juga berkaitan dalam penghasilan endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi serta seterusnya membuatkan kita lebih selesa dengan diri sendiri.
4. Membawa aura positif
– Senyum adalah suatu yang sangat hebat. Senyum sentiasa membawa aura positif bersama-sama dengannya. Sekiranya seseorang tersenyum, suasana pasti akan menjadi lebih tenang dan ceria. Serta, orang lain juga akan turut tersenyum dan seterusnya akan mewujudkan persekitaran dengan suasana positif yang sangat baik.
5. Merendahkan risiko sakit jantung
– Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia di dalam badan dan dapat merendahkan risiko seseorang itu untuk terkena serangan jantung.
6.Senyum juga satu stress?
– Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
7. Senyum dapat mengatasi stress
– Sewaktu kita sedang tertekan, stress akan jelas muncul diwajah kita. Dengan sebentuk senyuman, kita mampu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang tertekan atau merasa “down”. Jadi, sekiranya anda sedang stress, cubalah untuk tersenyum. Pasti anda akan merasa lebih selesa untuk meneruskan kerja anda seterusnya.
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html