KEADAH KAEDAH MENGAWAL PERASAN MARAH

 

marah3

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Walau apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan prinsip dan ideologi kita sendiri.

Dibawah ini dikongsikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda melepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika tahap kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

9.Dalam Islam, Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan solat sunat dua rakaat.”

marah

 

Contoh Soal jawab berkaitan ‘MARAH’

SOALAN:

Saya ni seorang yang boleh dikatakan garang. saya pun tak tahu kenapa. perasaan saya apabila ada sesuatu yang tak kena saya akan melenting. kadang tu perkara remeh temeh pun saya akan marah. saya tak tahu kenapa.

 

JAWAPAN:

Anda dapat mengawal perasaan apabila anda sedari dan menilai tentang nilai sesuatu benda yang menimpa dengan nilai yang tidak seberapa. Contohnya apa yang baru berlaku diantara saya dan anak bongsu saya- tukang rumah saya telah siap menyimen lantai dapur rumah saya, dengan hati-hati saya memeriksa kerja tukang rumah saya. Saya amat gembira kerana semuanya hampir selesai, tiba-tiba anak bongsu lelaki saya yang baru berumur 9 tahun telah memijak lantai simen yang masih basah sehingga dengan jelas kesan kerosakkannya.

Jika diikutkan perasaan saya akan menampar anak bongsu saya tersebut, namun saya marah sekadar biasa sahaja kerana terdetik dalam hati saya berapa sangat nilai simen dan kos pemulihan diperlukan.

Pernah juga kereta saya dilanggar dari pihak belakang semasa menunggu lampu hijau tetapi oleh kerana saya menilai kerosakkan tersebut boleh dibayar dengan nilai duit yang tidak seberapa maka saya meminta dari insan yang melanggar kereta saya.

Apa jua tindakan semasa marah tidak boleh menyempurnakan kerugian yang dialami, Tuhan menguji hambanya dengan berbagai ujian mengikut kadar kesabaran seseorang. Kadang-kadang mak cik yang tidak berpelajaran tinggi dan tidak bergaji bulanan seperti kita lebih kuat tawakkalnya kepada tuhan. Walaupun suaminya berbulan-bulan terlantar di hospital namun masih mampu tersenyum dan setia menunggu serta melayani kerenah suaminya.

Saya pernah melihat seorang pak cik yang meninggal dunia dalam keadaan marah, pak cik tersebut ada penyakit lelah semasa di akhir hayatnya dia memarahi semua jururawat yang bertungkus lumus merawatnya sehingga alat bantuan pernafasan yang disediakan oleh pihak hospital dicabut dari hidungnya. Isteri pak cik tersebut tidak boleh berbuat apa-apa,dia hanya mampu menangis dan bersabar sambil berkata-” begitulah perangai suaminya semasa sihat, jika terdapat kesilapan samada kecil atau besar pasti dia akan marah dan bertindak diluar kawalan “.

Ini hanyalah sekadar perkongsian cerita sebenar sebagai pengajaran hidup untuk kita semua.

 

marah1

Sumber dipetik dari:- peribadirasulullah

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *