PETUA YANG PELIK TAPI BERKESAN
Petua petua kesihatan yang diwarisi dari nenek moyang kita memang banyak dan kebanyakkan nya memang memberi kesan yang positif. Disini saya kongsikan beberapa petua orang orang dulu yang agak pelik tetapi terbukti berkesan.
1) Sebagai contoh jika tangan terluka disebabkan jatuh atau terkena benda tajam dan mengalami pendarahan tanpa henti, orang dulu dulu menggunakan LADA . basuhkan dulu luka dengan air bersih kemudian taburkan lada pada bahagian yang luka itu. Dalam masa yang agak singkat, pendarahan itu terhenti. Secara logiknya, lada itu bersifat pedas. Jika diletak pada luka hanya tuhan je tahu sakitnya kan. Tetapi anda jangan risau, petua ini tidak memedihkan.
2) Pada sesiapa yang berhasrat untuk berhenti dari tabiat merokok, petua yang ini boleh digunapakai. Gosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. (tengah fikir apa kaitan tangan yang sibuk dengan merokok). Anda cubalah.
3) Sekiranya kita terkena demam panas yang tidak teruk, biasa dengan minum banyak air dapat mengurangkan demam. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, letakkan pek ais yang disejukkan pada bahagian pangkal peha atau dibawah lengan. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan.
4) Andai anda mengalami masalah sakit belakang, benda pertama anda kene periksa adalah kaki anda. Jika anda dapati sebelah kaki lebih pendek walaupun sedikit, kemungkinan menjadi punca utama kepada sakit belakang. Ini kerana kaki yang pendek itu akan member tekanan yang lebih pada bahagian belakang badan untuk proses keseimbangan badan.
5) Jika anda mengalami luka ringan dan anda tiada bahan pencuci luka, petua terbaik untuk mengelakkan luka dari pada jangkitan kuman adalah madu. Sapu madu pada keseluhuran luka. Ini kerana madu mempunyai sifat sifat anti-bakteria yang dapat melindungi luka kecil.
6) Darah gemuruh apabila berada didalam satu satu situasi, petua terbaik untuk mengatasi nya adalah dengan menghidu buah epal hijau.
SELAMAT MENCUBA
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: