SAKIT TAPAK KAKI DAN TUMIT
Sakit di bahagian tumit kaki atau tapak kaki sering berlaku disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-
1- Radang pada tisu dibahagian tumit dan tapak kaki.
2- Tekanan pada saraf dibahagian tapak kaki
3- Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4- Kecederaan tulang
Semasa tidur, tisu dan otot dibahagian tapak kaki berada dalam posisi ‘rehat’, otot betis akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan tapak kaki pijak kelantai, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu secara tiba tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan luka pada tisu tersebut. Walaubagaimanapun, tisu tersebut tetap akan mula meregang sedikit demi sedikit dan apa bila kita terus menapak akan menjadikan nya kurang sakit .
Sebaik bangun dari tidur, lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. Gunakan juga alat sokongan tapak kaki untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.
Rawatan dan pencegahan
1- Jika terasa sakit, rehatkan kaki anda. Kurangkan segala aktiviti aktiviti.
2- Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurang kurangnya 3 kali sehari.
3- Pilih kasut yang bersesuaian
4- Selalu lakukan tuam ais dibahagian tapak kaki 2-3 kali sehari.
5- Turunkan berat badan adalah langkah yang baik.
Petua traditional rawatan sakit kaki/tumit:-
1- Ambil betik muda ( betul betul muda )
2- Salaikan atas api hingga hangus ( sebelah site je )
3- Dah hangus sebelah bahagian betik tu, balut dengan kain
4- Tuamkan betik yang hangus tu ke kaki. Kalau rasa panas sangat, tambah helaian kain yang balut betik tadi.
5- Tuam kan kaki sehingga betik tersebut sejuk
6- Buka balutan kain yang membalut betik tadi, tekan kan kaki hingga betik berlubang. Dalam lubang tu ada air. Rendamkan kaki ke air tu
7- Dah sejuk, lap kan kaki dengan kain kering. Jika ada gout atau toksin, kaki akak jadi lebam lebam sedikit. Mungkin juga akan kene cirit birit.
Selamat Mencuba.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: