Tips Kesihatan : 7 Tips Menghadapi Ramadhan
Assalammualaikum semua, tcm nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat islam di seluruh dunia. Hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa. Jadi, disebabkan itu tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan tips-tips yang boleh kita amalkan bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan diri kita sewaktu berpuasa.
Puasa sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan buat kesihatan diri kita. Antaranya ialah seperti mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis, mengurangkan berat badan dan banyak lagi.
Puasa juga mengajar kita semua erti kesabaran. Dengan bersabar, kita dapat mengelakkan daripada stress dan seterusnya menjadikan kehidupan kita lebih gembira dan bahagia. Ok, jom tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan 7 TIPS penting tersebut.
7 Tips Menghadapi Ramadhan
1. Banyakkan minum air kosong :
Adalah sangat disarankan supaya kita banyakkan meminum air kosong sewaktu berbuka puasa ataupun sewaktu bersahur. Ini bagi mengelakkan daripada mengalami masalah dehidrasi. Cuaca yang panas serta kekurangan air di dalam badan, dapat mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan kita.
2. Elakkan daripada terlepas sahur :
Sahur merupakan salah satu aspek penting bagi mereka yang berpuasa. Sahur dapat memberikan seseorang itu nutrien-nutrien penting dan juga tenaga untuk seseorang itu kekal cergas sewatu siang. Dengan bersahur juga, seseorang itu akan terhindar daripada simptom-simptom lapar seperti sakit kepala dan mengantuk.
Berikut merupakan beberapa tips bagi makanan yang sihat sewaktu bersahur :
- Nasi
- Bijirin berserat tinggi
- Susu rendah lemak
- Roti
- Buah-buahan
3. Elakkan daripada terus minum minuman berais ketika berbuka :
Perut yang kosong mudah menjadi kembung sekiranya kita terus berbuka puasa dengan air sejuk. Ini kerana, asid gastrik akan terhasil lebih banyak dan sememangnya perkara tersebut tidaklah baik untuk kesihatan kita.
4. Melakukan senaman ringan :
Dengan bersenam, kita dapat membuatkan jantung, pernafasan serta peredaran darah kita menjadi lebih baik. Selain itu, kita juga tidak akan mudah lelah. Senaman yang boleh dilakukan ialah senaman-senaman ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, jogging dan sebagainya.
5. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi :
Tidur yang cukup dapat membuatkan tubuh badan kita bersemangat dan cergas. Tidur yang tidak mencukupi tidak hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan kita. Akan tetapi, ianya juga dapat mendatangkan kesan yang buruk pada mental atau psikologi seseorang itu.
6. Dahulukan kurma ketika berbuka :
Salah satu sebab yang membuatkan kurma disarankan untuk dimakan ketika berbuka puasa ialah kerana kurma memiliki karbohidrat yang cepat untuk dicerna. Dengan memakan kurma, seseorang itu dapat membantu mengembalikan kadar gula di dalam darah. Selain itu, kurma juga kaya akan serat, gula, magnesium dan kalium.
7. Berhati-hati dengan sakit kepala :
Ramai yang mengalami sakit kepala sewaktu berpuasa. Hal ini kerana, otak kita memerlukan oksigen dan glukosa. Kekurangan dua perkara tersebut dapat membuatkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Selain itu, sakit kepala juga dapat terjadi disebabkan makan terlalu banyak ketika berbuka.
Dengan mengamalkan segala tips-tips di atas, anda dapat mengurangkan risiko-risiko daripada mengalami sebarang masalah ketika berpuasa. Antaranya seperti dehidrasi dan juga sakit kepala. Berpuasa dengan cara yang betul sememangnya mampu menjadikan diri anda lebih sihat dan cergas.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.babycenter.com.my/a1028984/tip-tip-kesihatan-semasa-hamil-dan-berpuasa
http://farmmedica.blogspot.my/2014/06/tips-sehat-menyambut-bulan-suci-ramadhan.html
http://askep-net.blogspot.my/2012/07/tips-sehat-selama-puasa.html