MIGRAIN
Migrain
Migrain sangat menyakitkan . Migrain biasanya diwarisi secara turun temurun. Sesiapa anggota keluarga yang memiliki sejarah migrain berpotensi untuk mewarisi migrain. Sepanjang serangan migrain tersebut, saraf spesifik dari pembuluh darah dan otot kepala diaktifkan dan mengirim signal rasa sakit ke otak.
Ada 4 fasa yang dikenalpasti akan terjadi ketika terjadinya migrain.
1- Prodome: permulaan nak terjadinya migrain. Biasanya akan berasa lelah dan ketegangan otot. Mood berubah, deria bau pun terganggu
2- Aura: penglihatan akan terganggu biasanya akan mengalami bintik bintik hitam. Rasa sakit biasanya terjadi pada satu belah bahagian kepala sahaja.
3- Sakit kepala: ini tahap yang terjadinya sakit pada salah satu sisi kepala atau pun kedua kedua sekali. Pesakit akan mengalami rasa mual dan akan berasa nak muntah. Paling cepat migrain ini reda lebih kurang 4jam. Akan tetapi ada juga yang merana 1-2 hari.
4- Pemutusan: Migrain biasanya hilang dengan tidur.
Migrain boleh hilang dengan sendiri tanpa ubatan, tetapi ada juga yang memerlukan ubatan untuk mengurangkan sakit kepala. Migrain yang terjadi secara tiba tiba boleh disebabkan oleh penyakit atau jangkitan. Perkara yang kerap terjadi migrain adalah seperti :-
1- STRES melampau – stres kerana kerja, belajar, peribadi dan apa saja yang boleh membuatkan kita stres dan menyebabkan serangan migrain.
2- Cuaca. Kelembapan, hujan, panas terik, pun boleh terjadi serangan migrain
3- Percemaran seperti asap rokok, perfume, asap industry
4- Diet yang salah dan tidak mengikut cara yang betul punca migrain juga
5- Seks. Macam tak de kene mengena kan?? Tapi itulah kenyataan. Perasaan emosi sangat berpengaruh terhadap migrain termasuk seks.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan serangan migrain.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: