Perkara Merosakkan Otak!

Salam sejahtera kengkawan semua..

Sedang saya ‘blogwalking’ tadi terpandang satu entry seorang sahabat berkenaan dengan  kesihatan tubuh badan harian. Sebenarnya saya tertarik dengan blog beliau yang banyak mengupas tentang isu-isu kesihatan ini…ya isu nie memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. So kita perlulah menitikberatkan soal ini untuk masa hadapan kita demi menjamin kesihatan sepanjang masa secara berterusan.

Seperti yang diketahui umum, otak  adalah organ paling penting dan menjadi pusat kawalan utama bagi tubuh manusia . Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi seseorang.

 

Ha pentingnya fungsi otak nie kengkawan kan..

cube sesekali anda bayangkan anda tiada otak bagaimana?

Alangkah rumitnya kehidupan nie .. malah untuk melakukan sesuatu tugasan harian pun akan terbatas. Auuwww xterjangkau fikiranku kengkawan…susahnya jika tiada otak. Huhhh..!!

Okey sebelum saya menulis lebih panjang lebar lagi jom kita cuba permainan nie..

Sekadar menguji adakah otak kita masih berinteraksi dengan penglihatan kita.

Caranya :

Sebutkan warna yang sesuai dengan warna tulisan bukan membaca tulisannya..

Aishhh mudahnya kengkawan kan…hehehehe~ 🙂

Okey berbalik kepada tajuk asal entry ini, seperti yang diketahui, dalam dunia serba moden pada masa kini peningkatan peratus kecacatan otak sangat membimbangkan, contohnya berlaku kekurangan nutrisi, sel-sel otak mati, kurangnya bekalan oksigen dan sebagainya. Oleh yang demikian penjagaan otak harus dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita mulai sekarang.

Tetapi  tahukah anda kengkawan semua apakah punca masalah ini terjadi…?????

okey jom saya kongsikan beberapa punca yang menyebabkan otak kita boleh menjadi rosak.

  • Tidak mengambil sarapan pagi. Untuk pengetahuan anda semua kengkawan, seseorang yang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah seseorang akan menjadi rendah. Keadaan ini akan mengakibatkan kekuranagn bekalan nutrisi kepada otak dan menjadikannnya kurang aktif.
  • Terlebih makan juga akan menyebabkan kerosakan otak kerana  ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  • Kepada perokok, asap rokok yang disedut akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit  ‘Alzheimer’.
  • Dari segi pemakanan pula penggunaan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi dan juga akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  • Terlebih tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang  boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  • Kurang  berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan atau keaktifan otak menurun. Berfikir adalah satu cara terbaik untuk emlatih otak kita.
  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan otak kita.

Okey, bermula dari sekarang.. jom kita sama-sama mengambilberat tentang penjagaan otak kita nie..

INGAT  jangan amik remeh tentang masalah ini…>!!!!

Sedikit info lain,—> Setiap kali kita menarik nafas, 20% daripada jumlah oksigen yang masuk ke dalam darah akan dimanfaatkan oleh otak untuk menjamin fungsi minda agar sentiasa kekal fokus!

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *