KELEBIHAN BERKHATAN
Berkhatan.
Berkhatan atau bersunat adalah proses pembedahan kecil yang dilakukan terhadap kanak kanak lelaki dan perempuan. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan . Sebagai tuntutan agama, berkhatan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Berkhatan ini biasa dilakukan ketika kanak kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun bagi lelaki manakala 2 ke 8 bulan bagi perempuan. Ini bertujuan untuk menghindarkan sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kekotoran lebih lebih lagi untuk mengerjakan solat.
Kelebihan khatan
1- Kebersihan
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai faktor yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan akan menghasilkan longgolan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai smegma yang menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesukaran membuang air kecil. Dalam Islam, Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang.
2- Elak jangkitan kuman salur kencing
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ai akan merosakkan fungsi buah pinggang dan merebak ke seluruh tisu badan.
3- Mengurangkan risiko kanser
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanzer zakar, prostat serta kanser serviks dan payudara kepada wanita.
4- Mencegah HIV
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa lelaki bekhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: