BEKAM
Bekam adalah salah satu teknik perubatan yang telah wujud sejak beratus tahun dahulu. Rawatan bekam terdapat beberapa Jenis iaitu bekam kering (angin), bekam basah (darah).
Bekam kering (angin)
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang yang tidak tahan sakit suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional , kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman selepas kira kira tiga hari.
Bekam basah (darah)
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikelurakan menggunakan alat pegamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna ,merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu berbekam
Waktu yang paling sesuai berbekam adalah pertengahan bulan kerana ketika itu darah toksik berhimpum. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Mereka yang ingin berbekam dinasikatkan berpuasa terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan bekam.
Kebaikan berbekam
1- Membantu menghilangkan pening dan migrain
2- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
4- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi dikaki
5- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredekan serangan angin akhmar.
6- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat
7- Membantu meringankan tubuh . darah kotor terkumpul dibawah
Larangan larangan untuk berbekam adalah
1- Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap pengidap diabetis, fizikal yang lemah, infeksi kulit yang kronik, kanser darah, keguguran kandungan, orang gila, hepatitis A,B
2- Tidak disaran berbekam selepas mandi
3- Berbekam selepas muntah
4- Anggota badan iaitu telinga, mata, hidung, mulut alat kelamin dan budur
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!