BAHAYA KEPAK DAN LEHER AYAM PADA WANITA
Kepak dan leher ayam bahaya kepada wanita.??
Betul ke??
Sejak kecil kita telah disajikan dengan kenyataan bahawa kepak dan leher ayam adalah bahaya dimakan terutama wanita. Jom baca kenyataan dibawah ni.
(copy paste je kenyataan ini)
“ Siapa di kalangan pembaca semua yang suka makan kepak ayam? Jika anda wanita, hati –hati!!
Kisah benar, seorang rakan baru baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan. Ketumbuhan yang dikeluarkan itu penuh dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah.ketumbuhan berlaku lagi pada beberapa bulan selepas pembedahan yang pertama. Beliau merujuk kepada Pakar Sakit Puan. Semasa rundingan, doktor pakar bertanya beberapa soalan yang memeranjatkan beliau . doktor pakar tersebut bertanya adakah beliau seorang penggemar dan kerap memakan kepak ayam. Dengan sedikit terperanjat bagaimana doktor pakar tersebut tahu tabiat pemakanan nya.
Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan harian pengguna dapat dipenuhi. Tempat yang menjadi kebiasaan ayam ayam ini disuntik steroid adalah dikepak dan leher. Ini disebabkan kerana kepekatan tertinggi steroid wujud di leher dan kepak. Ini memberi kesan yang lebih bahaya dalam hormon wanita dan wanita lebih cenderung kepada pertumbuhan sista di dalam rahim.”
Jelaskan mesej apa yang cuba disampaikan dari kenyataan ini. Jadi adakah ini bermakna makan bahagian ayam yang lain seperti dada, peha, bontot, kaki adalah selamat??
Saya cuba huraikan berpandukan pada rujukan tertentu seperti dari Doktor Zubaidi. (www.drzubaidi.com)
Didalam tubuh manusia mahupun haiwan sendiri memang terdapat hormon steroid semulajadi seperti 17B-oestradiol, progesterone dan testosterone. Fungsi sebenar adalah untuk menjalankan sistem fisiologi dan pertumbuhan fizikal serta seksual manusia dan haiwan. Tanpa hormon ini manusia tidak membesar sebagai lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Haiwan juga begitu.
Ok, dah sah dalam tubuh haiwan terdapat hormon steroid semulajadi, maknanya bila kita makan daging haiwan tersebut, kita juga memakan sekali hormon steroid yang ada pada haiwan tersebut. Namun begitu, kandungan hormon ini adalah rendah dan tidak mengganggu kesihatan tubuh badan manusia jika daging haiwan itu diambil sebagai makanan. Hormon steroid semulajadi mudah dihuraikan (metabolized) dan dibuang dari tubuh manusia.
Tapi sayangnya industry penternakan haiwan diseluruh dunia telah dicemari oleh sikap tamak penternak. Mereka menggunakan hormon steroid penggalak untuk tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat. Ada dua jenis hormon steroid yang dijual dipasaran iaitu hormon steroid semujadi dan hormon steroid sintetik (zeranol, tranbolone dan melengestrol acetate [MGA]).
Jika penternak menggunakan hormon steroid semulajadi, ini akan menyebabkan kepekatan hormon dalam daging haiwan itu bertambah dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak sihat. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa kepekatan hormon steroid semulajadi boleh menyebabkan kanser. Kepekatan hormon yang tinggi walaupun ia hormon semulajadi akan menggalakkan pertumbuhan kanser terutama pada orang yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser.
Jika penternak menggunakan hormon sintetik, ia tidak boleh dihuraikan (metabolized) dengan sempurna . ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap manusia. Jika ternakan diberi suntikan ini, hormon ini boleh dipindahkan kepada tubuh manusia yang memakan dagingnya. Jika dos yang diberi itu kecil, kemungkinan tiada kesan yang berlaku. Namum bagi orang berisiko untuk mendapat kanser, dos yang sedikit pun boleh terjadi pembentukan kanser.
Kebiasaan nya, penternak akan tidak memberi ternakan mereka suntikan dalam masa waktu terdekat dengan proses penyembelihan. Cara ini membolehkan hormon tersebut dihuraikan dan kepekatannya menjadi cair.
Walaubagaimanapun, cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon dalam ayam ternakan ialah dengan membuang kulit ayam dan merebus daging ayam dengan sempurna.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html