Obesiti

oie_qEZJu5Jott1C

Malaysia, kita dikejutkan dengan kenyataan sebagai negara yang mempunyai peratusan masalah obesiti yang tertinggi diantara negara-negara di asia tenggara. Apakah itu obesiti ? Saya pasti ramai diantara anda yang tahu akan perkataan ini. Tapi, tahukah anda, peratusan obesiti di Malaysia semakin meningkat? Boleh dikatakan obesiti tergolong sebagai salah satu penyakit yang sangat berbahaya. Secara umumnya, masalah obesiti bermula daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga cara pemakanan seharian.

Cara memasak juga tergolong sebagai salah satu faktor penyumbang kepada obesiti. Kita lebih digalakkan untuk mengukus atau membakar makanan kita. Dengan itu, kita dapat mengurangkan penggunaan minyak masak di dalam masakan kita. Obesiti juga terjadi disebabkan ketidakseimbangan tenaga yang diambil dengan tenaga yang dikeluarkan untuk suatu tempoh tertentu. Siapakah mereka yang tergolong di dalam obesiti ini? Mereka yang tergolong dalam obesiti, kebiasaannya akan mempunyai berat badan dua kali ganda lebih berat berbanding berat ideal mereka.

Ingin tahu BMI anda? Masukkan maklumat anda seperti berat dan tinggi didalam kalkulator BMI kami disebelah kanan page ini. Klik SINI!!! sekiranya tiada kalkulator.

 

Kesan-kesan buruk obesiti :

  1. Terdedah kepada risiko sakit jantung.
  2. Gout
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Masalah tidur (Sleep Apnoea)
  5. Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  6. Masalah pernafasan
  7. Kencing manis (Diabetes)
  8. Kanser
  9. Emosi tidak stabil

 

Langkah-langkah mengatasi obesiti :

doctor10

1. Perubatan

– Membuat kajian tentang rawatan menggunakan ubat-ubatan yang bagus bagi merawat masalah obesiti. Selain dari itu, kita juga boleh mencari maklumat berkenaan ubat-ubatan herba yang semakin meningkat penggunaannya dalam mengubati perbagai penyakit. Antara ubat-ubatan herba yang semakin meningkat penggunaannya boleh anda dapati di The Tole Acupuncture & Herbal Medical Centre.

imageedit_1_6001144070

2. Pemakanan

– Kita hendaklah mengubah cara pemakanan kita ke arah yang lebih sihat. Antaranya ialah dengan makan pada waktu yang ditetapkan. Makanan yang dimakan hendaklah dikunyah banyak kali sebelum ditelan. Kita juga boleh kurangkan makan selepas jam 6 petang dan elakkan makan 4 jam sebelum tidur. Ambil hidangan yang kecil sahaja sewaktu makan tetapi jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi sangatlah penting buat kesihatan kita. Selain daripada itu, sayur-sayuran juga hendaklah ditambah didalam menu makanan harian kita. Sayur-sayuran dapat memberi perbagai khasiat kepada tubuh badan kita.

kucing-bersenam

3. Senaman

– Faktor ini sangatlah penting dalam mengecapi gaya hidup yang sihat serta dapat mengatasi masalah obesiti. Bagi merealisasikan faktor ini kedalam kehidupan seharian anda, anda bolehla menetapkan masa yang khusus dengan membuat jadual untuk anda melakukan senaman. Waktu yang sedikit anda peruntukan untuk membuat senaman, mampu untuk membawa perubahan yang besar dalam kehidupan anda yang lebih sihat seterusnya mencegah obesiti.

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang ubat-ubatan herba di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/ChineseHerbalMedicineTreatmentCure.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *