Daya ingatan lemah ?
Ingatan adalah sebuah fungsi yang melibatkan otak di dalam pengambilan serta penyimpanan maklumat-maklumat. Ingatan juga adalah sesuatu yang mampu menyerap, meninggalkan, menyimpan serta mengeluarkan semula apa yang pernah di alami. Sistem ingatan yang dimiliki manusia, terbahagi kepada 2 kategori. Iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek adalah ingatan yang cuma disimpan selama 30 saat hingga 24 jam sahaja. Ini disebabkan oleh had untuk menyimpan adalah terhad. Manakala, ingatan jangka panjang pula adalah ingatan yang mampu untuk menyimpan maklumat untuk tempoh yang lama. Secara hakikatnya, maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam ingatan ini akan kekal sehinga akhir hayat seseorang itu. Cuma, semuanya bergantung kepada daya keupayaan seseorang itu untuk mengeluarkan semula maklumat yang telah lama disimpan.
Faktor2 menjadikan anda pelupa :
- Mengalami tekanan – Seseorang yang mengalami tekanan yang teruk akan menyebabkan sel-sel otaknya terganggu. Sekiranya situasi ini kerap berlaku, ianya dapat membunuh sel-sel otak dan seterusnya menyebabkan daya ingatan merosot.
- Berdengkur – Kebanyakan kita semua pasti tahu berdengkur dapat menggangu kualiti tidur kita. Namun, ianya juga akan memberi kesan kepada daya ingatan kita. Ini kerana, sewaktu berdengkur, oksigen tidak akan sampai sepenuhnya ke otak. Apabila itu berlaku, sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan akan memberi kesan kepada daya ingatan anda.
- Waktu rehat tidak mencukupi – Otak memerlukan tidur yang cukup bagi ianya beroperasi dengan terbaik untuk menyimpan memori baru. Ada kajian dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang mencukupi. Salah satu kesannya, orang tersebut akan mempunyai masalah dengan ingatan jangka pendek mereka.
- Meningkat usia (Khususnya 65 tahun ke atas) – Pada usia ini, badan manusia akan mula menjadi lebih sukar untuk menyerap vitamin B12. Vitamin ini sangat penting untuk tubah badan. Kekurangan vitamin ini, dapat menyebabkan pertambahan risiko bagi seseorang itu untuk menghidapi penyakit alzheimer.
- Kadar gula yang tinggi di dalam darah – Simpanan memori akan menerima kesan disebabkan tinggi gula darah anda. Ini kerana, ianya dapat menggangu bahagian otak yang berhubung dengan memori. Seseorang yang mempunyai keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis. Disarankan supaya lebih menjaga dan mengawal kandungan gula anda.
Makanan atau minuman yang boleh kuatkan daya ingatan :
- Minyak ikan – Banyak mengandungi asid lemak omega 3, yang merupakan elemen penting dari membran sel otak bagi memperbaiki kekuatan daya ingatan.
- Vitamin B – Berfungsi mengirimkan oksigen ke otak. Ianya dapat mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
- Rosemary dan sage – Antara kebaikan minyak dari tumbuhan ini ialah meransang memori serta mambantu menyembuhkan keletihan mental.
- Gula-gula getah – Mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung, sehingga boleh memperbaiki oksigen yang dikirimkan ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
- Kopi – Ia mampu meransang banyak tempat di dalam otak. Kajian yang dijalankan di University Arizona menunjukkan orang dewasa yang minum kopi sebelum mengambil ujian memori, menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada orang yang tidak mengambil kopi.
- Zat besi – Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan tidak elok pada tahap IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak.
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html