Barah Pundi Kencing

oie_ITl1AkWVDZTC

Setiap orang pasti mengetahui apa itu pundi kencing. Ianya adalah satu tempat dimana air kencing akan disimpan terlebih dahulu sebelum dibuang melalui salur pundi kencing. Air kencing terhasil daripada dua biji buah pinggang yang bertindak menyingkirkan kotoran dalam darah dan seterusnya menghasilkan air kencing.  Pundi kencing adalah suatu organ yang berongga serta berotot. Sistem pembuangan air kencing terdiri daripada dua biji buah pinggang, dua ureter pundi kencing dan satu salur keluar pundi kencing yang dipanggil uretra. Kemudiannya, setelah dua biji buah pinggang menghasilkan air kencing. Air kencing tersebut akan dibawa melalui ureter ke pundi kencing. Setelah pundi kencing penuh, maka air kencing akan dikeluarkan melalui uretra.

 

Barah pundi kencing adalah sejenis kanser yang dihidapi dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi oleh golongan lelaki berbanding wanita. Ia biasanya berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.  Pundi kencing mampu menampung air kencing sebanyak 250ml hingga 500ml pada satu-satu masa. Selain daripada itu, pundi kencing ini dilapisi oleh sel-sel tertentu. Manakala, sebahagian besar sel-sel kanser ini bermula daripada sel-sel pada bahagian dalamnya. Punca sebenar bagi barah pundi kencing, masih lagi belum dikenalpasti. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang berpotensi bagi menyumbang kepada berlakunya barah pundi kencing ini.

 

Antaranya ialah :

  1. Kencing berdarah(hematuria) – Gejala ini kerap berlaku. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba dan tidak merasa sakit langsung.
  2. Terdedah kepada bahan kimia – Ini kerana, pundi kencing mempunyai kaitan rapat dengan pendedahan beberapa bahan kimia seperti beta-nephthylamines, xenylamine, benzidine.
  3. Rawatan radiasi – Wanita yang mendapatkan rawatan radiasi untuk merawat kanser pangkal rahim, berpotensi untuk menghidapi kanser ini.
  4. Merokok – Individu yang merokok terdedah kepada  risiko ini, 4 kali ganda lebih tinggi daripada individu tidak merokok.

 

Barah pundi kencing boleh dikatakan selalunya dikesan dengan tidak sengaja apabila melakukan ujian rutin biasa. Ini kerana, ia tidak menunjukkan simptom-simptom yang ketara. Tetapi sekiranya anda dapat mengesan terdapat darah di dalam air kencing anda. Segeralah membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Selain dari itu, anda mungkin juga berminat untuk melihat maklumat lanjut berkenaan satu rawatan alternatif yang unik tetapi memberi kesan positif yang sangat banyak kepada perbagai penyakit. Anda boleh temui maklumat lanjut seterusnya di The Tole Acupuncture-Herbal Medical Centre.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

YOYO59960124BB8FBDDEFA01A974E169

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Perbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *