Derma Darah

donor

Pernahkah anda terfikir untuk menderma darah? Atau, anda telah pun menderma darah? Pasti sekiranya ditanya penderma tersebut, tujuan mereka menderma adalah kerana ingin membantu orang yang memerlukan. Tapi, tahukah anda, menderma darah bukan hanya dapat membantu orang yang memerlukan sahaja. Sebaliknya, ia juga mempunyai pelbagai fakta menarik serta memberi kebaikan kepada pendermanya.

 

Antara Kebaikan Menderma Darah :

  1. Mengurangkan risiko sakit jantung – Penyakit jantung boleh dikatakan penyakit umum yang sering menyerang kita rakyat Malaysia. Secara umumnya ia terjadi disebabkan oleh zat besi berlebihan yang terdapat di dalam darah kita seterusnya menyebabkan darah kita menjadi pekat. Dengan menderma, kita mengeluarkan zat besi dari badan kita serta seterusnya kita boleh mengekalkan kecairan darah kita seperti yang diperlukan untuk kesihatan kita.
  2. Mengurangkan berat badan – Di Malaysia, kita kaya dengan pelbagai menu makanan yang boleh dipilih untuk dinikmati. Disebabkan itu, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Tahukah anda, setiap kali kita menderma darah, kita akan membakar sebanyak 650 kalori?
  3. Mengurangkan risiko penyakit kanser – Penyakit kanser adalah suatu jenis penyakit yang tidak diingini oleh sesiapa pun. Dengan menderma darah secara berkala, kita sebenarnya telah mengurangkan risiko pada diri kita untuk mendapat kanser usus, perut, hati dan tekak.
  4. Mendapat pemeriksaan kesihatan percuma – Salah satu syarat utama sebelum menderma darah ialah, kita akan menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita terlebih dahulu. Ini adalah suatu perkara yang bagus untuk diri kita, kerana kita akan diberitahu beberapa maklumat kesihatan diri kita yang penting seperti tekanan darah, kumpulan darah, tahap kolestrol serta info-info kesihatan kita yang lain-lain. Dan semuanya dilakukan secara percuma tanpa sebarang cas dikenakan.
  5. Menambah sel darah baru – Apabila kita menderma darah, sel darah merah kita akan berkurangan. Seterusnya situasi ini akan menyebabkan badan kita memaksa sumsum tulang untuk mengeluarkan sel-sel baru yang diperlukan oleh badan kita. Hal ini sangat baik sekali buat kesihatan kita kerana badan kita akan menjadi lebih bertenaga serta dapat berfungsi lebih baik. Situasi ini adalah seperti kita menggunakan komputer pada suatu tempoh yang lama sehingga ia mula “hang’. Dengan melakukan fungsi “restart” pada komputer tersebut, ia akan menjadi laju semula seperti sediakala.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menderma darah , bolehla rujuk syarat-syarat asas untuk menderma seperti yang di bawah.

Antara Syarat2 Menderma Darah :

  1. Berumur dalam lingkungan 18-60 tahun
  2. Mempunyai berat badan melebihi 45kg
  3. Sekiranya pernah menderma, hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari selepas waktu terakhir anda menderma
  4. Makan dan tidur yang cukup
  5. Haemoglobin anda ialah 12.5gm% minimum
  6. Tubuh badan yang sihat serta tidak mempunyai penyakit seperti malaria ataupun penyakit berjangkit pada masa lalu

 

Fakta2 Menarik Mengenai Darah :

  1. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah di dalam tubuh badan seorang lelaki manakala, di dalam tubuh badan seseorang perempuan pula terdapat sekitar 3.8 hingga 5.7 liter darah
  2. Satu pain darah yang didermakan dapat menyelamatkan 3 nyawa
  3. Darah mempengaruhi sebanyak 7% dalam berat badan manusia
  4. Ketika dilahirkan, manusia hanya mempunyai sekitar satu cawan sahaja darah di dalam tubuh badannya
  5. Terdapat 100 000 sel pembuluh darah di dalam tubuh badan manusia dewasa
  6. Fobia dapat menyebabkan denyutan jantung dan tekanan darah meningkat

 

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang pantas serta mujarab di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *