Info Menarik Mengenai Rabun

oie_Rnphrjog07oL

Rabun adalah sejenis masalah penglihatan yang boleh terjadi kepada setiap orang. Tidak kiralah apa jua peringkat umur dan jantina seseorang itu. Secara umumnya kita semua mengetahui terdapat dua jenis rabun yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Dua jenis rabun tersebut adalah rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh adalah sejenis masalah penglihatan di mana, seseorang itu akan mendapati dirinya sukar untuk melihat objek atau tulisan yang berada jauh daripadanya dengan jelas.

Sedangkan apabila mereka melihat sesuatu objek atau tulisan tersebut pada jarak yang lebih dekat. Mereka dapat melihatnya dengan jelas tanpa sebarang masalah. Perkara ini pula berlaku sebaliknya bagi mereka yang mengalami masalah rabun dekat. Di mana, mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk melihat dengan jelas sesuatu objek atau tulisan pada jarak yang jauh. Akan tetapi, apabila objek atau tulisan tersebut berada dekat dengan mereka, mereka akan terlihat sesuatu itu kabur dan tidak jelas seperti mereka melihat sesuatu itu daripada jauh.

oie_transparent

Pasti ramai tertanya-tanya apakah yang menyebabkan terjadinya rabun jauh ini? Masih belum dapat dipastikan dengan tepat secara teorinya punca yang menyebabkan seseorang itu rabun. Namun, terdapat beberapa faktor yang berkaitan tinggi kepada terjadinya rabun. Antaranya ialah faktor keturunan. Ibu bapa yang menggunakan cermin mata berpotensi untuk melahirkan anak mereka yang turut mengalami masalah penglihatan yang sama sebanyak 40%. Rabun jauh bukanlah dikategorikan sebagai sejenis kecacatan mata. Ini kerana, kesemua stuktur dalam mata orang yang rabun adalah normal seperti biasa. Apa yang berlaku sebenarnya adalah biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun.

Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina.Akan tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina. Antara kesilapan yang sering disuarakan oleh seseorang berkenaan penggunaan cermin mata adalah, mereka mengatakan bahawa penggunaan cermin mata akan menyebabkan tahap kerabunan meningkat. Secara umumnya, menggunakan cermin mata atau tidak, tahap kerabunan mata seseorang itu kebiasaannya akan meningkat setiap 6 bulan sekali. Ini merupakan proses semulajadi yang terjadi pada mereka yang rabun, di mana tahap kerabunan mata mereka akan bertambah sehinggalah mereka mencapai usia dewasa iaitu 18 sehingga 25 tahun.

tigereye

Rabun dekat pula secara ringkasnya merupakan suatu jenis masalah penglihatan di mana, otot mata seseorang itu perlu bekerja keras untuk menfokuskan sesuatu objek ke atas retina. Sekiranya usaha ini terlalu kuat, maka akan berlaku tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu berair. Kebiasaannya perkara ini berlaku apabila melakukan sesuatu kerja yang memerlukan penglihatan yang dekat seperti menjahit ataupun membaca.

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang pantas serta mujarab di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *