Sindrom Kaki Resah
Sindrom kaki resah adalah sejenis sindrom yang dapat ditemui dikebanyakan orang tanpa mengira faktor jantina serta umur seseorang itu. Ia juga dapat ditemui pada mereka yang menganggap diri mereka normal. Nisbah orang yang mendapat sindrom ini adalah sekitar satu daripada sepuluh orang di dunia. Ok, apa itu sebenarnya sindrom kaki resah? Saya pasti ramai yang tahu akan kewujudannya sindrom seperti ini, cuma mungkin tidak tahu akan nama yang telah diberikan sempena sindrom ini. Mereka yang mempunyai sindrom ini, tidak mampu untuk duduk diam pada tempoh yang lama kerana mereka merasa mereka perlu untuk menggaru atau menggerakkan kaki mereka. Gangguan sindrom kaki resah boleh dirasakan pada kaki atau tangan seseorang itu. Penghidap sindrom ini juga kebiasaannya mengalami masalah untuk tidur serta untuk kekal tidur.
Gejala2 Sindrom Kaki Resah :
- Perasaan tidak selesa apabila tidak bergerak. Apatah lagi sekiranya berada di tempat yang sempit
- Perasaan tidak selesa tersebut akan mulai lebih tidak selesa bermula dari petang hingga ke malam
- Ketika seseorang itu bergerak, dia akan merasa selesa, akan tetapi apabila seseorang itu berdiam sahaja, perasaan tidak selesa itu akan bermula semula
- Kadang-kala, perasaan tidak selesa itu akan menjalar sehingga ke tangan
Faktor2 Sindrom Kaki Resah :
- Alcohol – Seseorang yang banyak minum alkohol cenderung untuk tidur dengan lebih cepat. Akan tetapi, kualiti tidurnya akan terganggu seterusnya menyebabkan terjadinya sindrom kaki resah
- Stress – Stress sebelum masuk tidur mampu membuatkan seseorang itu menghidapi sindrom ini, namun dapat dikurangkan dengan melakukan terapi untuk kurangkan stress atau melakukan yoga sebelum masuk tidur
- Aktiviti senaman lasak – Melakukan aktiviti senaman ringan pada pagi ataupun siang hari dapat membantu menanggani sindrom kaki resah. Namun, melakukan aktiviti senaman yang terlalu lasak mampu mendorong terjadinya sindrom kaki resah pada malam harinya
- Kafein – Merupakan satu zat yang bersifat meransang yang dapat mengganggu tidur. Ianya dapat menyebabkan terjadinya sindrom kaki resah apabila pengambilannya berdekatan degan waktu tidur seseorang itu.
Langkah2 Mengurangkan Sindrom Kaki Resah :
- Elakkan minuman yang beralkohol ataupun yang mengandungi kafein. Serta elakkan mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kafein
- Mengekalkan kepanasan tubuh badan sewaktu tidur dengan menggunakan selimut sewaktu tidur
- Elakkan atau kurangkan pengambilan ubat tidur serta ubat antialergi sebelum tidur
- Elakkan daripada makan terlalu banyak sebelum tidur
- Sekiranya anda sudah pun merasa penat, segeralah untuk tidur
- Mandi dengan air panas sebelum tidur dapat membuatkan otot-otot anda relaks serta dapat mengurangkan berlakunya sindrom tersebut
Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang menghidapi sindrom ini. Janganlah anda berasa muram atau berduka, ini kerana, di dalam artikel ini, saya telah kongsikan beberapa tips yang dapat anda lakukan bagi membantu anda di dalam menghadapi masalah ini, Saya cadangkan bagi mereka yang ingin sembuh daripada sindrom ini sepenuhnya, segeralah mengunjungi pusat rawatan alternatif The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Mereka merupakan salah sebuah pusat rawatan alternatif pakar yang sangat-sangat berpengalaman bagi membantu anda yang mempunyai masalah ini. Pilihan di tangan anda, luangkanlah sedikit masa untuk menerima rawatan demi mendapatkan kebahgiaan kesihatan yang berpanjangan. 🙂
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html