Inkontinen Urin

mySuperLamePic_d90a2857fc845051a7012d09a4c9766c

Inkontinen urin adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami kegagalan untuk mengawal pundi kencingnya. Hal ini seterusnya mengakibatkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk menahan air kencing. Bagi wanita, kebocoran atau kehilangan air kencing diluar kawalan seseorang itu adalah disebabkan oleh kerosakan dasar pelvis ketika bersalin. Namun, ia tidak hanya mempengaruhi wanita sahaja, lelaki juga terdedah untuk menghadapi masalah ini. Antara faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada lelaki yang mengalami masalah ini adalah disebabkan pernah menjalani pembedahan dan mengalami kehilangan fungsi sfinkter uretra. Walaupun masalah ini dihadapi oleh lelaki dan juga wanita. Masalah ini kerap terjadi dikalangan wanita. Kajian menunjukkan sebanyak 30% wanita Malaysia mengalami masalah ini.

v2-image2852599357527110524

Jenis2 & Sebab2 Inkontinen Urin :

  1. Inkontinen Stress – Berlaku disebabkan otot lantai pelvis (pimggul) yang lemah terutamanya selepas kelahiran atau putus haid. Untuk lelaki pula, ia biasanya berlaku selepas pembedahan kelenjar prostat.
  2. Inkontinen Terdesak – Disebabkan oleh otot-otot pundi kencing yang tidak stabil. Seterusnya menyebabkan pundi kencing mengecut di luar kawalan dan mengakibatkan tekanan di dalam pundi kencing berlebihan dan membuatkan air kencing terkeluar.
  3. Retensi dan kencing melimpah – Kesukaran di dalam mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Kemungkinan disebabkan oleh laluan air kencing tersekat atau menghidapi penyakit diabetes atau mengalami kecederaan pada saraf pundi kencing.
  4. Halangan pada saluran keluar air kencing – Kebiasaannya disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat atau penyempitan saluran kencing (urethra).

fresh-step-cat

Simptom2 Inkontinen Urin :

Inkontinen Stress :

  • Boleh berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal seperti mengangkat berat, ketawa, dan bersin

Inkontinen Terdesak :

  • Kerap membuang air kencing
  • Terdesak untuk membuang air kecil apabila perasaan ingin kencing timbul

Retensi dan kencing melimpah :

  • Mengalami masalah kencing menitis yang berterusan

Halangan pada saluran keluar air kencing :

  • Kesukaran untuk mengeluarkan air kencing

 

Langkah2 Pencegahan :

  1. Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein serta alkohol
  2. Menjaga berat badan agar BMI berada pada kadar normal dan sihat
  3. Memperbanyakkan pengambilan serat dalam pemakanan bagi mencegah sembelit
  4. Lakukan senaman-senaman yang boleh menguatkan otot lantai pelvis (pinggul) semasa mengandung dan selepas bersalin

 

Di The Tole Acupuncture Herbal Medical Center, mereka berpendapat, inkontinen urin berpunca daripada kelemahan pada buah pinggang, tenaga pundi kencing dan juga sistem Qi seseorang itu. Seterusnya dengan kajian yang telah dilakukan, mereka telah mendapat cara perubatan alternatif yang sangat-sangat berkesan di dalam mengubati mereka yang mempunyai permasalahan ini. Saya mencadangkan anda supaya meluangkan masa untuk ke sana dan sekaligus menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi anda. 🙂

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *