Buah-buahan Untuk Kecantikan

23

Buah-buahan adalah anugerah buat kita. Ianya baik untuk kesihatan kita serta ianya juga bermanfaat untuk kecantikan kita. Kecantikan? Yup, disamping menjaga kesihatan diri, kecantikan juga perlu dititikberatkan. Kulit yang cantik, melambangkan kulit yang sihat. Jadi, adakah kita tidak ingin sihat dan cantik? Saya pasti, jawapannya adalah “Ya”. Oleh itu, hari ini TCM akan kongsikan beberapa jenis buah yang dapat digunakan di dalam mencantikkan wajah dan tubuh dengan menggunakan cara semulajadi yang sememangnya terbukti bebas dari sebarang  kesan sampingan yang berbahaya.

Kajian menunjukkan, pengambilan buah-buahan setiap hari dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada jantung, penghidap kanser, penghidap diabetes, tahap kolestrol, tekanan darah yang tinggi dan pelbagai lagi manfaat yang lain. Selain kebaikkannya yang banyak menyumbang kepada faktor kesihatan. Buah-buahan juga turut menyumbang kepada faktor-faktor kecantikan seperti melembapkan kulit, memutihkan kulit, menegangkan kulit, menghilangkan jerawat serta parutnya dan bermacam-macam manfaat lagi di dalam menjaga kecantikan diri.

oie_fArFqMSIFlwY

Jenis2 Buah :

 

1. Pisang

Merupakan salah satu buah yang kaya dengan vitamin C dan kandungan-kandungan nutrisi yang lainnya yang mana sangat penting untuk kulit terutamanya kulit wajah. Buah pisang ternyata dapat  menyelesaikan masalah kulit wajah seperti jerawat, melembapkan, memutihkan, menghaluskan dll.

2. Strawberry

Buah ini pula boleh dikatakan salah satu buah yang paling disukai kerana rasa asam manisnya yang sangat menyegarkan. Selain banyak digunakan sebagai bahan tambahan di dalam minuman, makanan, ubatan. Buah ini juga mengandungi nutrisi-nutrisi penting yang banyak sekali, yang sangat baik sekiranya digunakan untuk merawat masalah kecantikan.

3. lemon

Lemon merupakan buah yang didapati bermanfaat kepada kulit seperti melembapkan kulit, memutihkan kulit serta menghilangkan jerawat serta pelbagai lagi kebaikkan lainnya.

4. Tomato

Antara kandungan nutrisi yang dikandungi buah ini adalah vitamin A, B1 dan C, protein, zat besi, serta belerang. Kandungan-kandungan tersebut, mampu menjadikan kulit kita lebih halus, bersih dan seterusnya bercahaya.

5. Epal

Buah ini pula bermanfaat di dalam membantu menyegarkan kulit wajah, membuatkan wajah kelihatan lebih bersinar dan buah ini juga mampu untuk membantu dan mencerahkan kulit kusam.

6. Nenas

Nenas mampu untuk memberikan kesegaran kepada kulit anda. Tetapi, anda hendaklah berhati-hati di dalam menggunakannya. Ini kerana, sekiranya terdapat luka pada kulit anda, anda akan merasa sangat pedih apabila kawasan tersebut bersentuhan dengan nenas. Walaupun begitu, nenas tetap memberikan banyak kebaikan, terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah kulit berminyak. Penggunaan nenas dapat membuang sel-sel mati pada wajah dan seterusnya membersihkan bintik-bintik hitam di wajah.

7. Melon

Buah ini boleh dijadikan sebagai pelindung kepada kulit wajah seseorang itu. Ini kerana, nutrisi-nutrisi yang terdapat di dalam buah ini, mampu untuk melindungi kulit wajah serta mempercepatkan proses penyembuhan apabila wajah terluka oleh jerawat. Selain itu, ia juga boleh menegangkan semula kulit agar tidak berkedut.

animasi

Informasi Kesihatan Melalui Rawatan Alternatif

 

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *