Sirenomelia

oie_lsg74bKriBjX

Apabila disebut “Puteri Duyung” ramai yang akan terbayang mengenai cerita dongeng seorang wanita cantik yang mempunyai gabungan badan seperti manusia dan juga ikan. Namun begitu, tahukah anda, penyakit yang seakan-akan menyerupai dongeng tersebut wujud?? Ianya dikenali sebagai “Sirenomelia”. Apa itu Sirenomelia?

“Sirenomelia” atau lebih dikenali sebagai “Sindrom Puteri Duyung” adalah suatu keadaan dimana seseorang itu mengalami kekurangan bekalan darah pada kakinya sewaktu berada di dalam kandungan. Akibat daripada perkara tersebut, ia menyebabkan pembentukan kaki mereka tidak dapat terjadi dengan sempurna. Sindrom ini sangat jarang untuk ditemui malah menurut pakar perubatan ianya hanya berlaku satu di dalam setiap 70,000 kelahiran.

Kecacatan ini hampir sentiasa membawa maut disebabkan oleh berlakunya kecacatan yang serius kepada organ-organ penting. Terdapat pelbagai kecacatan fizikal yang boleh berlaku pada penderita sirenomelia. Serta ianya boleh terjadi dengan kesan yang berbeza-beza pada setiap orang. Antara kecacatan fizikal  yang dialami oleh penderita sirenomelia ialah :

 

Gejala2 Sirenomelia :

yellow-onion-head-emoticon-02

  • Hanya memiliki satu tulang paha atau mempunyai dua tulang paha akan tetapi berada di dalam satu lapisan kulit yang sama.
  • Berkemungkinan mempunyai satu kaki, tidak mempunyai kaki atau mempunyai kedua-dua kaki yang dapat diputar sehingga bahagian belakang kaki menghadap ke depan.
  • Mempunyai pelbagai gangguan urogenital (ketiadaan satu atau kedua-dua buah pinggang (agenesis renal), gangguan buah pinggang fibrosis, tidak mempunyai pundi kencing, penyempitan uretra (urethral atresia) ).
  • Bahagian paling rendah pada usus besar (rektum) tidak berkembang.
  • Tidak mempunyai limpa dan atau pundi hempedu.
  • Mempunyai meningomyelocele, iaitu suatu keadaan di mana terdapat satu membran yang meliputi saraf tunjang dan pada sesetengah kes, saraf tunjang itu sendiri yang menonjol melalui kecacatan pada tulang belakang.
  • Mengalami komplikasi pernafasan disebabkan masalah paru-paru yang tidak berkembang

 

Penyebab ?

yellow-onion-head-emoticon-18

Secara umumnya, penyebab kepada sirenomelia masih lagi belum diketahui, malah pakar-pakar perubatan masih mencuba sedaya upaya mereka di dalam mengkaji bagi mengenal pasti penyebab sebenar kepada berlakunya penyakit ini agar dapat membantu pesakit yang menderita masalah ini.

Walaupun begitu, ada sesetengah yang berpendapat penyakit ini terjadi akibat kesan daripada masalah yang berlaku di dalam perkembangan awal sistem peredaran darah embrio. Selain itu, mereka juga percaya bahawa faktor persekitaran dan juga genetik turut memainkan peranan di dalam gangguan perkembangan ini.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *