Tips Kesihatan : Mata Sihat Bersinar

oie_ayKx0bahdB5T

Mata merupakan salah satu anugerah yang dimiliki kita. Melalui mata, kita dapat menyaksikan pelbagai perkara yang menarik dan indah. Mata juga digunakan di dalam kehidupan seharian kita bagi membantu kita melakukan segala macam perkara seperti menentukan arah perjalanan, membaca, menulis, melihat makanan dan bermacam-macam lagi. Seperti yang diketahui oleh setiap orang, mata sememangnya memainkan peranan penting di dalam kehidupan kita.

Jadi, adakah anda ingin abaikan sahaja sebarang langkah penjagaan mata anda? Tcm pasti “Tidak” adalah jawapan bagi semua. Tambahan pula, memiliki mata yang sihat dan cantik bersinar merupakan kelebihan kepada seseorang itu. Tidak dapat dinafikan lagi, dengan mata yang sihat dan cantik, seseorang itu akan kelihatan lebih menarik. Tajuk yang akan dikongsikan hari ini adalah berkenaan dengan tips kesihatan bagi mendapatkan mata yang sihat dan cantik bersinar.

 

Tips Yang Dapat Diamalkan :

oie_pdTFXHHNRlKv

  • Jaga pemakanan anda – Amalkan pemakanan seimbang serta banyakkan memakan buah-buahan serta sayur-sayuran. Makanan yang mengandungi Vitamin A elok dimakan kerana dapat membina pigmen bagi penglihatan yang lebih baik pada waktu malam. Antara contoh makanan adalah seperti lobak, tomato, hati, keju, kuning telur dan mentega.
  • Pastikan mendapat tidur yang mencukupi – Tempoh waktu yang ideal bagi seseorang itu tidur adalah diantara 6-8 jam sehari. Kesan daripada kurang tidur dapat menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya serta terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata.
  • Rehatkan mata setelah lama di depan komputer – Rehatkan mata anda dengan memandang kepada objek-objek yang berwarna hijau seperti pokok-pokok setelah 1 – 2 jam anda berada di depan komputer. Ini kerana, warna hijau itu sangat menenangkan dan sekaligus dapat merehatkan mata anda.
  • Bersihkan solekan sebelum tidur – Bagi kaum wanita, memakai alat solek merupakan salah satu cara bagi menjadikan wajah lebih menarik. Akan tetapi, pastikan anda membersihkan kesemua kesan solekan sebelum anda tidur. Ini bertujuan bagi mengelakkan bahan kimia yang terdapat di dalam solekan tersebut meresap ke dalam mata.
  • Elakkan menggosok mata – Cegah daripada menggosok mata, lebih-lebih lagi ketika tangan anda masih kotor. Ini bagi mengelakkan organ-organ mata anda daripada mendapat sebarang jangkitan daripada tangan anda yang kotor.
  • Lindungi daripada sinaran matahari – Ketika melakukan aktiviti di luar, memakai cermin mata anti ultraviolet merupakan salah satu langkah yang bijak di dalam penjagaan mata. Ini kerana, pendedahan yang berlebihan kepada sinar UV dapat menyebabkan masalah mata seperti katarak.
  • Lakukan senaman mata – Selain daripada tubuh badan yang memerlukan senaman untuk kekal aktif dan sihat. Mata juga memerlukan senaman ringan seperti menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah sebanyak lima kitaran dalam masa satu minit. Senaman ini secara tak langsung dapat meredakan ketegangan disekitar otot mata.
  • Minum banyak air kosong – Jumlah air kosong yang sepatutnya diminum sehari adalah sekitar 8 gelas atau 1 liter air. Ini kerana, air mendatangkan banyak kebaikan buat kita seperti pelarut, penyejuk, pelincir serta agen pengangkut nutrien kepada seluruh tubuh badan. Kesan daripada kekurangan air dapat menyebabkan kulit menjadi kering serta berkedut.
  • Pastikan membaca pada jarak yang betul – Sekiranya anda seorang yang gemar membaca buku. Pastikan anda membaca pada jarak yang sesuai serta tidak merosakkan mata anda. Jarak yang sesuai daripada buku kepada mata anda adalah sekitar 30cm. Dengan mengamalkan tips ini, anda juga dapat mengurangkan risiko mendapat rabun dekat.

oie_ZiuwgdkCSxH5

Berikut merupakan beberapa langkah yang dapat kita sama-sama amalkan bagi menjaga kesihatan mata serta menjadikan mata kita sihat bersinar. Dengan mata yang sihat, kita pasti tidak perlu menghabiskan duit bagi membeli cermin mata atau membayar duit rawatan bagi merawat mata yang bermasalah. Jadi, selain membuatkan anda tampil kelihatan lebih menarik dengan mata yang sihat bersinar anda juga sebenarnya telah mengamalkan gaya hidup yang sihat. 🙂

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *