Tips Kesihatan : Kebaikan Mandi Ais
Hai semua, hari ini tcm akan menceritakan tentang keajaiban berkenaan dengan mandi menggunakan ais. Pasti semua tertanya-tanya bukan? Yup, “Mandi Ais”. Tanpa kita semua sedari, sebenarnya mandi ais mendatangkan pelbagai manfaat buat kita. Ia juga sebenarnya telah diamalkan semenjak dulu lagi bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Mandi dengan menggunakan ais atau air sejuk juga merupakan sejenis terapi yang dikenali sebagai Hydrotherapy. Dan ianya telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz. Kajian mendapati beliau merupakan seorang peladang pada tahun 1920-an yang menggunakan terapi ini bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Wah! hebat rupanya mandi ais nie kan. 🙂
Kebaikan Mandi Ais :
- Dapat melancarkan pengaliran darah – Apabila seseorang itu mandi air sejuk /ais, darah akan mengalir lebih cepat ke organ-organ utama di dalam badan bagi mengekalkannya dalam keadaan panas.
- Meningkatkan metabolisme badan – Ini kerana, apabila kita mandi ais, lemak perang di dalam badan akan digunakan untuk pembakaran tenaga di dalam badan. Apabila badan terdedah pada sesuatu yang sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Seterusnya ia digunakan bagi membakar glukosa di dalam badan untuk menghasilkan haba di dalam badan. Secara tak langsung, kadar metabolisme badan juga akan meningkat.
- Menguatkan pernafasan – Sebelum kita mandi ais, kita secara automatik akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu. Ini merupakan tindakbalas biasa supaya badan kita mempunyai oksigen yang mencukupi bagi memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini secara tak langsung dapat menguatkan paru-paru dan juga meningkatkan kadar serapan oksigen seseorang itu.
- Meningkatkan penghasilan hormon – Mandi ais dapat membantu sistem peranakan lelaki kerana, kajian mendapati sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan. Ini kerana, ia dapat menyebabkan sperma akan berkurang.
- Mengurangkan tekanan yang dialami – Mandi ais juga didapati mampu meransang “titik biru” pada otak. Di mana, ianya merupakan sumber utama bagi “noradrenaline” di dalam tubuh badan kita. Noradrenaline merupakan bahan kimia yang mampu membantu mencegah tekanan perasaan.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan – Mandi ais juga mampu menjadi penawar kepada penyakit seperti demam dan juga jangkitan kuman pada badan. Kajian menunjukkan dengan cara yang betul, mandi ais dapat meningkatkan dua jenis sel darah putih. Yang mana, sel-sel tersebut berperanan dalam menyingkirkan bakteria, virus, toksin serta menghapuskan sebarang patogen dan bendasing dalam badan.
- Mencantikan kulit dan rambut – Bukan sahaja dari segi kesihatan, mandi ais juga bermanfaat dalam penjagaan kecantikan. Mandi ais dapat mengecilkan kutikel dan pori-pori dan seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, ia juga membantu membuang toksin daripada kulit kita sehingga dapat menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda.
- Memulihkan otot yang tercedera – Ini merupakan tips kesihatan yang paling meluas sekali digunakan, terutamanya bagi atlet sukan (pemain rugbi contohnya). Dengan mandi ais, mereka dapat mengurangkan kesakitan yang dialami akibat kecederaan semasa bersukan sebanyak 20%.
Kelebihan mandi ais (air sejuk) sememangnya memberikan kita pelbagai manfaaat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Air yang sejuk, mempunyai susunan molekulnya yang stabil serta memegang rahsia kepadatan Kristal yang paling keras iaitu intan (berlian). Jadi, disebabkan itu, ia mempunyai nada bunyi yang berada di dalam tekanan yang sangat rendah dan mengharmonikan.
Selain daripada itu, ia juga merupakan medium pengantar yang paling sesuai sekali di dalam penghantaran tenaga sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Daya ransangan daripada air sejuk juga mampu mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, koma, gila dan sebagainya. Sekiranya anda seorang yang mudah terlupa atau pelupa, terapi mandi ais berkemungkinan tinggi dapat membantu anda.
Cara Pengamalan Mandi Ais
Walaupun mandi ais dapat membantu kita di dalam penjagaan kesihatan dan juga kecantikan. Tindakan mengamalkannya secara membuta tuli tanpa sebarang garis panduan daripada pakar perubatan, mungkin dapat membahayakan kesihatan diri anda. Oleh itu, ikutilah cara-cara yang betul agar anda dapat memperoleh pelbagai manfaat daripada “Mandi Ais”.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html