Aphasia
Penggunaan bahasa merupakan salah satu cara yang paling umum sekali digunakan untuk berkomunikasi. Tidak kiralah secara bertulis ataupun lisan. Tanpa penggunaan bahasa, adalah agak sukar bagi kita untuk berkomunikasi. Hal ini dapat anda fahami dengan lebih jelas sekiranya anda pernah bercuti di tempat yang anda mungkin tidak tahu atau kurang mahir bahasa tempatannya.
Dengan penggunaan bahasa tempatan yang kurang mahir, anda pasti mengalami masalah untuk memahami percakapan orang lain, serta mungkin juga anda mengalami kesukaran di dalam mendapatkan makanan yang diingini ketika memesan makanan. Bagi pesakit yang mengalami penyakit “Aphasia”, situasi inilah yang selalu mereka hadapi. Penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada saraf otak.
Disebabkan oleh kerosakan pada saraf otak, pesakit yang menderita penyakit tersebut mengalami masalah untuk berkomunikasi. Antara tanda-tanda umum seseorang itu menghidapi aphasia ialah, mereka mengalami kesukaran di dalam pertuturan, kesukaran untuk memahami percakapan orang lain dan juga kesukaran untuk membaca dan menulis. Antara dua jenis aphasia ialah :
- Receptive Aphasia – Pesakit mengalami kesukaran yang teruk di dalam memahami perbualan
- Executive Aphasia – Pesakit dapat memahami perbualan dengan cukup baik. Akan tetapi mengalami kesukaran di dalam menyusun perkataan untuk pertuturan mereka sendiri
Kerosakan saraf otak yang berlaku biasanya dapat disebabkan oleh pelbagai macam perkara. Antaranya ialah angin ahmar, kecederaan fizikal dan sebagainya. Pesakit yang menderita aphasia tidak mengalami perkara yang sama. Ianya bergantung kepada kawasan dan tahap kecederaan yang dialami. Sesetengah pesakit mungkin mampu bercakap tetapi tidak mampu menulis atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun, otak kanak-kanak yang tercedera biasanya akan membentuk semula untuk menggunakan bahagian lain yang tidak cedera bagi proses pertuturan dan mendapatkan semula fungsi yang hilang. Akan tetapi, orang dewasa mempunyai otak yang kurang lentur serta tidak mempunyai keupayaan yang sama seperti otak kanak-kanak.
Kesukaran Aphasia
- Kesukaran untuk membaca
- Kesukaran untuk menulis
- Kesukaran untuk memahami pertuturan
- Kesukaran untuk bertutur tanpa lumpuh otot
- Pengulangan ayat yang tegar
- Kesukaran untuk menamakan objek
- Kesukaran untuk mengulang ayat
- Kesukaran untuk membentuk ayat
- Lemah di dalam sebutan
- Penggunaan kata yang salah atau tidak bersesuaian
Kerumitan Aphasia
Jarang sekali terdapat kes di mana pesakit hanya mengalami aphasia tanpa mengalami sebarang permasalahan lainnya. Ini disebabkan oleh kerosakan yang terjadi di otak yang mengakibatkan aphasia, kebiasaanya akan turut mempengaruhi kawasan lain. Antara permasalahan lain yang dialami oleh penderita aphasia ialah :
- Penderita kebiasaannya mengalami kelumpuhan separuh badan di sebelah kanan yang disebabkan oleh berlaku kerosakan pada pengawalan otot-otot di sebahagian tubuh badan.
- Pesakit yang mengalami kelumpuhan di separuh badan juga mengalami masalah penglihatan yang kurang jelas pada bahagian tubuh badan yang lumpuh. Manakala, tiada sebarang masalah penglihatan pada bahagian tubuh badan yang sihat.
- Mengalami kelumpuhan otot mengunyah dan menelan. Perkara ini seterusnya menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk makan dan juga minum.
- Mengalami masalah dengan ingatan. Permasalahan yang dialami dengan kesukaran penggunaan bahasa menyebabkan ingatan pesakit aphasia seperti tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana, bahasa memainkan peranan penting untuk mengingat sesuatu informasi.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html