Penyakit Aritmia
Salam sejahtera buat semua pembaca. Tajuk pilihan hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali dengan nama “Aritmia”. Penyakit aritmia merupakan suatu masalah yang terjadi pada jantung ketika organ tersebut berdegup dengan kadar yang tidak menentu seperti terlalu cepat, terlalu lambat ataupun secara tidak teratur.
Secara umumnya, aritmia dapat dibahagikan kepada 4 jenis. Antaranya ialah :
- Bradikardia : Suatu keadaan dimana jantung berdegup dengan kadar yang lebih perlahan atau tidak teratur
- Takikardia supraventrikular : Keadaan di mana jantung berdegup telalu pantas daripada normal
- Fibrilasi atrium : Suatu keadaan, yang membuatkan degupan jantung menjadi tidak teratur dan kadar pengecutan organ adalah sangat tinggi
- Fibrilasi ventrikel : Sejenis aritmia yang boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri atau kematian secara tiba-tiba disebabkan oleh kadar jantung yang cepat dan tidak teratur
Gejala Aritmia
Disebabkan kadar degupan jantung yang berubah-ubah menjadi terlalu cepat, terlalu lambat atau tidak menentu, pesakit akan mengalami beberapa gejala seperti :
- Lelah
- Pening
- Sesak nafas
- Pengsan
Pendorong Aritmia
Aritmia dapat terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Anda dinasihatkan supaya dapat mengelakkan sebarang faktor dibawah daripada berlaku pada anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko aritmia daripada terjadi pada diri anda. Antara penyebab aritmia ialah :
- Stress
- Pencemaran udara
- Merokok
- Pengambilan dadah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Pengambilan kafein/alkohol berlebihan
- Penyakit diabetes
- Menghidapi tekanan darah tinggi
- Mempunyai sejarah serangan jantung
Seperti yang dapat anda lihat, terdapat pelbagai sebab yang dapat mendorong kepada terjadinya aritmia. Sekiranya anda merasa anda mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan diatas. Seeloknya, lakukanlah pemeriksaan agar dapat diketahui dengan lebih tepat keadaan kesihatan anda yang terkini.
Hal ini tidaklah boleh dipandang remeh kerana aritmia dapat mendorong kepada keadaan-keadaan seperti kegagalan jantung berfungsi, stroke malah kematian.
Langkah Pencegahan
- Mencegah stress
- Mengamalkan pemakanan seimbang
- Menjaga berat badan
- Elakkan minuman yang beralkohol
- Kurangkan minuman yang berkafein
- Elakkan merokok atau menghidu asap rokok
- Melakukan senaman dengan teratur
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html