Varises
Salam sihat buat semua yang membaca. Hari ini tcm nak kongsikan mengenai suatu istilah perubatan yang mungkin ramai tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut. Istilah tersebut dikenali dengan nama “Varises”. Varises secara umumnya merupakan suatu keadaan di mana pembuluh darah vena seseorang itu mengalami pembengkakan ataupun pembesaran.
Keadaan ini seterusnya akan menampakkan kesan berwarna kebiruan di permukaan kulit pada kawasan yang terlibat. Varises sering sekali terjadi pada bahagian kaki, betis ataupun pada bahagian anggota badan yang rendah. Hal ini kerana, kita sering menggunakan anggota kaki kita untuk menahan tekanan yang tinggi ketika kita berdiri ataupun berjalan.
Varises dapat dikaitkan dengan lemahnya injap dan vena pada kawasan yang sakit. Pada bahagian dalam vena, terdapat satu injap satu arah yang berukuran kecil yang membenarkan darah melaluinya. Selain itu, injap tersebut juga berperanan menghalang darah yang mengalir daripada arah bertentangan.
Kadang-kala, injap tersebut menjadi lemah kesan daripada rengangan yang berlebihan sehingga menyebabkan kebocoran aliran darah daripada arah yang bertentangan. Hal inilah seterusnya yang menyebabkan berlakunya pengumpulan darah pada vena dan membuatkannya membesar dan membengkak.
Penyebab Varises
Penyebab bagi terjadinya gangguan vena ini masih belum dapat dikenalpasti secara menyeluruh, akan tetapi terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti berhubungkait terjadinya varises. Antara faktor-faktor pendorong tersebut ialah :
Jantina : Menurut kajian yang dijalankan, perempuan mempunyai risiko mengalami varises yang lebih tinggi berbanding lelaki. Perkara ini disebabkan oleh hormon tertentu yang dimiliki oleh perempuan.
Genetik : Risiko menghidapi varises juga dikatakan dapat berpunca daripada faktor keturunan di mana seseorang itu mewarisi genetik yang tertentu daripada ibu bapanya yang juga mengalami masalah varises.
Berat badan : Berat yang berlebihan secara tidak langsung dapat mewujudkan tekanan yang lebih besar pada vena hingga mampu membuatkannya bekerja lebih dari sepatutnya hingga mengalami kebocoran.
Pekerjaan : Jenis pekerjaan juga memainkan peranan di mana, mereka yang terpaksa berdiri untuk jangka masa yang lama sewaktu kerja mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain.
Kehamilan : Kehamilan membuat tubuh badan seseorang itu meningkatkan penghasilan darah untuk menampung pertumbuhan janin. Ini membuatkan wanita hamil mempunyai risiko tinggi menghidapi varises.
Gejala-Gejala Varises
- Merasa sakit, kebas dan kaki terasa berat yang menjadi lebih teruk sekiranya berdiri atau duduk untuk waktu yang lama.
- Rasa gatal pada bahagian vena yang bermasalah
- Terjadi pembengkakan pada kaki atau pergelangan kaki
- Kram otot yang menandakan pengaliran darah yang kurang baik
- Sakit pada bahagian betis
Antara Langkah-Langkah Pencegahan
Terdapat beberapa tips yang telah dikenal pasti bagi mencegah daripada seseorang itu mengalami varises. Antaranya ialah anda disarankan untuk mengelakkan daripada berdiri atau duduk untuk jangka masa yang terlalu lama. Seterusnya ialah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman yang dapat menjadikan tubuh badan anda lebih sihat dan cergas.
Pemakanan juga penting bagi memastikan faktor dalaman anda kuat di dalam mencegah varises. Makanan seperti sayuran dan buah-buahan yang kaya akan serat serta lain-lain makanan yang dapat meransang kelancaran perjalanan darah seperti bawang merah dan bawang putih adalah penting sekali.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html