Penyakit Folikulitis

oie_1h2i34XV3cIC

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda berkenaan dengan penyakit yang melibatkan kulit kepala dan rambut kita. Penyakit tersebut dikenali sebagai “folikulitis”. Folikulitis merupakan radang yang terjadi pada folikel rambut seseorang itu. Apa itu folikel rambut? Bahasa mudahnya, folikel rambut adalah lubang kecil yang terdapat pada kulit kita dimana ia merupakan tempat dimana rambut akan tumbuh.

Jadi disebabkan itu penyakit ini tidak akan terjadi pada kawasan-kawasan seperti tapak tangan ataupun tapak kaki. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit kulit umum yang kebiasaannya tidaklah serius. Walaupun begitu, adalah penting juga untuk kita mengetahui apa itu sebenarnya folikulitis agar ianya segera diubati dan kita dapat mencegahnya daripada semakin teruk.

 

Gejala-Gejala Folikulitis

Bagaimana nak tahu adakah anda salah seorang yang mengalami penyakit ini? Jom tengok gejala-gejalanya di bawah. Antara gejala-gejala bagi penyakit ini adalah seperti :

  • Merasa gatal-gatal dan sakit pada kawasan folikel rambut
  • Muncul benjolan merah atau kecil dan berisi nanah pada folikel rambut
  • Kulit menjadi merah, sensitif serta terasa sakit
  • Kulit yang berisi nanah yang pecah dan berkerak
  • Bagi folikulitis yang terjadi lebih dalam pada folikel rambut akan menimbulkan benjolan dan bengkak yang besar pada kulit

 

Faktor Penyebab Folikulitis

Penyebab utama kepada penyakit ini adalah ianya disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada folikel yang sebahagian besar disebabkan oleh bakteria staphylococcus aureus. Bakteria jenis ini kebiasaannya terdapat di dalam hidung kita. Walaupun begitu, ia tidaklah mengganggu kesihatan kita di dalam keadaan tersebut.

Akan tetapi, apabila folikel rambut kita mengalami kerosakan, ketika itulah bakteria dapat masuk ke dalam folikel rambut dan seterusnya menjangkiti folikel rambut tersebut. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang dapat mengundang kepada folikulitis. Antaranya :

  • Peluh yang berlebihan
  • Keadaan kulit yang panas dan lembap
  • Geseran pada kulit akibat daripada pakaian yang terlalu ketat
  • Perbuatan bercukur
  • Keadaan kulit seperti jerawat dan dermatitis

 

Faktor Meningkatkan Risiko Folikulitis

Seperti yang dapat kita baca di atas, berikut merupakan beberapa perkara yang dapat menjadi penyebab kepada folikulitis. Untuk petikan ini pula, tcm nak kongsikan dengan anda antara perkara-perkara yang dapat meningkatkan risiko seseorang itu mengalami folikulitis.

Antaranya ialah mengalami kerosakan kulit contohnya seperti luka, sistem ketahanan tubuh badan yang semakin menurun disebabkan penyakit seperti HIV, berat badan yang berlebihan, berendam di dalam air yang tidak bersih dan pakaian yang tidak sesuai seperti pakaian yang memerangkap peluh dan juga panas.

 

Walaupun tcm katakan folikulitis merupakan sejenis penyakit kulit umum yang kebiasaannya tidak serius, anda tetap juga perlu mencegah dan merawatnya. Ini kerana, sekiranya tidak dirawat, folikulitis dapat menyebabkan jangkitan tersebut menyebar kepada bahagian lain pula. Seterusnya ia juga dapat membuatkan terbentuknya bisul-bisul pada bahagian bawah lapisan kulit.

Kulit seseorang itu juga dapat mengalami kerosakan seperti bekas luka, parut atau mereka juga berisiko mengalami kebotakan kekal disebabkan kerosakan yang terjadi pada folikel rambut.

 

Langkah-Langkah Mengubati Folikulitis

  • Cuci kawasan yang telah dijangkiti dengan menggunakan sabun antibakteria
  • Tekap kawasan yang telah dijangkiti dengan menggunakan air garam
  • Dapatkan nasihat doktor bagi mengubati penyakit yang dialami
  • Lapkan kawasan yang dijangkiti dengan menggunakan tuala bersih yang direndam dengan larutan air panas dan cuka putih

 

Langkah-langkah Pencegahan Folikulitis

  • Menjaga kebersihan kulit anda
  • Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu ketat
  • Pastikan kulit anda sentiasa kering dan sihat
  • Sekiranya anda ingin berendam, pastikan dahulu airnya bersih
  • Menjaga kelembapan kulit anda
  • Bercukur dengan cara yang betul dan berhati-hati

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.dokterdigital.com/id/penyakit/306_folikulitis.html

http://www.alodokter.com/folikulitis

http://id.wikihow.com/Mengobati-Folikulitis

https://id.wikipedia.org/wiki/Folikulitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *