Penyakit Addison

oie_iqL4Eix4pp25

Salam rabu semua, hari ini tcm nak kongsikan mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Addison”. Penyakit addison adalah sejenis gangguan yang terjadi ketika kelenjar adrenal seseorang itu tidak bekerja secara maksimum sehingga menyebabkan ia tidak dapat menghasilkan hormon-hormon penting yang mencukupi buat tubuh badan mereka.

 

Fungsi Kelenjar Adrenal

Kelenjar adrenal terletak pada organ ginjal kita. Kelenjar adrenal menghasilkan hormon yang sangat penting untuk tubuh badan kita seperti hormon kortisol dan juga aldosteron. Bagi pesakit addison, kelenjar adrenal mereka hanya akan menghasilkan sedikit sahaja hormon kortisol dan aldosteron.

Kesan daripada keadaan ini, ia membuatkan garam dan air di dalam tubuh seseorang itu tidak dapat dikeluarkan melalui urin. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan tekanan darah seseorang itu menjadi sangat rendah.

Selain itu, pesakit addison juga akan mengalami peningkatan jumlah potassium hingga ke tahap yang sangat berbahaya.

 

Gejala-Gejala Addison

  • Mengalami tekanan darah rendah
  • Kurang selera makan
  • Mengalami gula darah rendah
  • Menjadi mudah marah
  • Sakit pada bahagian kaki, bawah punggung dan perut
  • Kulit menjadi gelap
  • Otot-otot merasa lemah

 

Penyebab Penyakit Addison

Kelenjar adrenal yang tidak berfungsi secara normal merupakan penyebab utama kepada terjadinya penyakit addison. Antara penyebab yang membuatkan kelenjar adrenal tidak berfungsi secara normal ialah berlakunya kerosakan pada lapisan luar kelenjar adrenal yang dikenali sebagai korteks.

Apabila korteks rosak, kelenjar adrenal tidak dapat menghasilkan hormon mengikut jumlah yang diperlukan dan ini akan menyebabkan timbulnya penyakit addison. Korteks mungkin dapat mengalami kerosakan sekiranya tubuh badan menganggapnya sebagai benda asing dan mula menyerangnya untuk alasan yang tidak diketahui.

 

Tips Buat Pesakit Addison

Berikut disenaraikan beberapa tips penting yang boleh diikuti oleh pesakit addison. Antaranya ialah :

  • Segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mengalami gejala-gejala seperti di atas.
  • Memaklumkan sebarang gejala yang anda alami pada doktor supaya doktor lebih jelas akan keadaan anda.
  • Ikuti segala panduan dan nasihat yang diberikan oleh doktor seperti mengambil ubat-ubatan yang telah ditetapkan dan sebagainya.
  • Elakkan daripada makan makanan yang mengandungi potassium yang tinggi seperti pisang, jeruk, garam pengganti dll.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://id.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Addison

http://www.amazine.co/18084/gejala-penyebab-dan-pengobatan-penyakit-addison/

https://hellosehat.com/benh/penyakit-addison/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *