Penyakit Neuritis

oie_uBBPEY99hsNu

Salam Jumaat semua, tajuk perkongsian kita hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai neuritis. Apa itu penyakit neuritis? Penyakit neuritis merupakan gangguan pada sistem saraf seseorang itu yang dapat disebabkan oleh beberapa faktor seperti tekanan dan pukulan. Penderita penyakit ini akan sering merasa kebas pada bahagian saraf yang terlibat.

Amatlah penting sekali untuk kita jaga keadaan saraf kita supaya berada di dalam keadaan yang baik. Kegagalan di dalam melakukan perkara terebut dapat mengundang diri kita kepada pelbagai lagi jenis penyakit lain yang berbahaya. Sebelum kita tahu apakah yang dapat kita lakukan bagi mengatasi penyakit ini, jom kita tengok dulu apakah faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit ini.

 

Penyebab Penyakit Neuritis

Terdapat pelbagai sebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami penyakit neuritis. Antaranya ialah :

  • Virus : Virus dapat mengganggu pada bahagian saraf penting hingga membuatkan fungsi saraf tersebut menjadi tidak normal
  • Makanan : Pengambilan makanan-makanan yang tidak sihat juga mampu mendorong neuritis
  • Kemalangan : Mengalami kecederaan pada salah satu anggota tubuh badan sehingga memberi kesan pada bahagian saraf yang tertentu
  • Alkohol : Kandungan alkohol dapat merosakkan bahagian sel saraf utama sehingga terjadi kelainan pada penderitanya

 

Gejala-Gejala Neuritis

  • Rasa sakit menikam, terbakar dan kebas pada kawasan yang terlibat
  • Mengalami mati rasa dan kelumpuhan otot sekiranya ia terjadi pada keadaan yang sangat terpengaruh
  • Bagi kes yang lebih teruk, penderita tidak dapat menutup mata kerana hilangnya tonus normal dan lemahnya otot-otot wajah dan saraf
  • Mengalami kesukaran untuk berjalan ketika berada di kawasan yang gelap

 

Apa yang patut anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di atas dan berpotensi mengalami neuritis?  Saranan tcm, segeralah lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian adakah anda mengalami penyakit ini. Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat tahan sakit kepada pesakit neuritis bagi membantu mereka menahan kesakitan yang dialami mereka.

Selain daripada mendapatkan bantuan rawatan daripada doktor. Pesakit neuritis juga dapat berusaha memulihkan keadaan mereka daripada penyakit ini dengan makan makanan yang bergizi tinggi dan diperkaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi. Antara makanan-makanan tersebut adalah seperti gandum, oat, beras merah, susu mentah, sayur kukus dll.

 

Langkah-Langkah Pencegahan

Disebabkan fungsi saraf yang menyeluruh dan sangat berkait dengan lain-lain fungsi tubuh badan. Kita hendaklah tahu apakah langkah-langkah atau tips yang dapat membantu kita semua bagi mengatasi penyakit ini. Antaranya seperti mengelakkan daripada berlakunya kecederaan pada kawasan kepala dan juga leher. Ini kerana, dua bahagian tersebut memiliki saraf yang banyak.

Seterusnya, anda juga boleh banyakkan memakan buah-buahan seperti durian belanda dan juga manggis. Durian belanda dan manggis boleh dikatakan memiliki zat penting yang terkandung di dalamnya yang dapat membantu di dalam pembaikan saraf kita.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://kliksma.com/2015/05/apa-penyebab-neuritis.html

http://penyakitneuritisdanpenyebabnya.blogspot.my/

http://detailpenyakit.blogspot.my/2014/03/Gejala-Pencegahan-dan-Pengobatan-Penyakit-Neuritis.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *