Penyakit Hiv Aids

oie_MZqKHK4Geewi

Hai semua, artikel yang ingin tcm kongsikan bersama-sama anda hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang sangat digeruni. Penyakit tersebut adalah AIDS (Aquired Immunodeficiency Syndrome). Pada awal tahun 1980, pakar perubatan menemukan peningkatan yang mendadak terhadap dua jenis penyakit di kalangan kaum homoseksual di Amerika.

 

Kedua-dua penyakit tersebut ialah Sarkome Kaposi dan juga Pneumonia Pnemokista. Sarkome kaposi adalah sejenis kanser yang sangat jarang sekali terjadi. Manakala, pnemonia pnemokista pula adalah sejenis penyakit yang terjadi kepada individu yang mengalami gangguan sistem ketahanan tubuh badan.

Kegagalan sistem ketahanan tubuh badan yang menyebabkan terjadinya dua jenis penyakit yang jarang ditemui ini pada masa kini dikenali sebagai AIDS.

 

Gejala-Gejala Penyakit HIV AIDS

Sama seperti lain-lain penyakit, HIV/AIDS juga mempunyai gejalanya yang tersendiri yang akan dialami oleh seseorang itu sekiranya mereka dijangkiti penyakit ini. Disebabkan kesannya yang sangat berbahaya dan mampu mengancam nyawa, kita hendaklah memberikan perhatian yang lebih terhadap sebarang gejala yang berkaitan dengan penyakit ini.

  • Berat badan yang menurun secara mengejut
  • Mengalami batuk kering serta merasakan sakit yang luar biasa pada tekak
  • Kulit mengalami ruam beserta dengan gatal yang cepat merebak
  • Mengalami muntah-muntah yang banyak serta berterusan
  • Mengalami diarrhea secara berterusan serta sukar untuk sembuh

 

Faktor-Faktor Penyebaran HIV/AIDS

oie_fozo0hZJ9WN4

  • Melalui pemindahan darah yang sudah dicemari HIV
  • Berhubungan seks tanpa menggunakan kondom
  • Ibu yang hamil dan positif HIV kepada bayinya semasa kehamilan, bersalin atau sewaktu menyusu
  • Berkongsi jarum suntikan dengan seseorang yang disahkan menghidap HIV

 

Disamping itu, berikut dinyatakan juga beberapa faktor yang tidak dapat menyebabkan HIV tersebar. Antaranya ialah seperti gigitan nyamuk, bersalaman, berciuman, berpelukan, makan serta tinggal serumah dengan individu yang disahkan menghidapi penyakit ini. Apakah sebenarnya perbezaan antara HIV dan juga AIDS.

HIV sebenarnya merupakan sejenis virus yang mana apabila ia masuk ke dalam saluran darah seseorang itu, ia akan mula merosakkan sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu. Virus HIV akan terus menerus merosakkan sistem daya tahan tubuh badan sehingga menjadi lemah terhadap penyakit lain hingga dapat menyebabkan kematian. Keadaan inilah sebenarnya yang dikenali sebagai AIDS.

 

Langkah-Langkah Pencegahan HIV/AIDS

  • Elakkan daripada penyalahgunaan dadah
  • Elakkan daripada terjebak dengan hubungan seks bebas
  • Pastikan anda menggunakan peralatan perubatan yang telah disterilkan
  • Elakkan pergaulan bebas
  • Elakkan daripada berkongsi jarum suntikan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://doktersehat.com/apa-itu-hiv-aids/

http://penyakithivaids.com/

http://www.alodokter.com/hiv-aids/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *