Kenali Prolactinoma
Hai semua, jom tcm nak kongsikan berkenaan dengan sejenis tumor yang dikenali sebagai “Prolactinoma”. Prolactinoma adalah sejenis tumor benign yang kebiasaannya sering ditemui pada kelenjar pituitary dan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar penghasilan hormon prolaktin. Peningkatan jumlah prolaktin yang terdapat di dalam darah seterusnya dikenali dengan istilah hyperprolactinemia.
Sesiapa sahaja berpotensi mengalami prolactinoma. Akan tetapi, menurut kajian yang telah dijalankan, perempuan mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidapi prolactinoma berbanding lelaki.
Gejala-Gejala Prolactinoma
Gejala-gejala bagi prolactinoma kebiasaannya berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Ini kerana, gejala bagi prolactinoma bergantung kepada saiz tumor yang dihidapi, kawasan tumor terjadi serta jantina pesakit. Berikut dibawah, disenaraikan beberapa gejala-gejala prolactinoma mengikut jantina.
Pesakit Lelaki
- Mengalami sakit pada bahagian kepala
- Penglihatan terganggu disebabkan oleh gangguan yang dialami pada saraf mata
- Berlakunya penurunan fungsi seksual (mati pucuk)
Pesakit Wanita
- Tahap kesuburan menjadi terganggu
- Vagina mengalami kekeringan dan menyebabkan sakit ketika berhubungan intim
- Perubahan kitaran haid yang jarang berlaku serta berpotensi untuk terus terhenti
- Penghasilan air susu walaupun tidak hamil atau menyusu
Walaupun prolactinoma merupakan sejenis tumor benign, akan tetapi ianya tetap mendatangkan masalah yang dapat mengganggu kehidupan harian kita. Antara kesan-kesan prolactinoma yang kita perlu tahu ialah seperti penghasilan hormon prolaktin yang berlebihan. Kesan dari perkara ini, hormon seks (estrogen) pada wanita dan (testoren) pada lelaki akan menurun.
Kesan Buruk Prolactinoma
- Hypopituitarism : Apabila prolactinoma menjadi semakin besar, tekanan pada kelenjar pituitari akan menyebabkan terjadinya disfungsi pada hormon-hormon lain seperti hipotiroidisme, kekurangan adrenal dan kekurangan hormon pertumbuhan.
- Osteoporosis : Disebabkan penurunan hormon seks, kepadatan tulang juga akan turut menurun sehingga membuatkan penderita terdedah kepada masalah osteoporosis.
- Masalah Penglihatan : Sekiranya prolactinoma berkembang menjadi lebih besar sehingga dapat menekan saraf optik penderita, penderita berpotensi tinggi mengalami kebutaan.
- Gangguan Kehamilan : Semasa hamil, kelenjar pituitari wanita akan membesar dan penghasilan prolaktin juga akan turut meningkat. Sekiranya mereka turut mengalami prolactinoma, kehamilan mereka berpotensi besar akan mengalami gangguan.
Langkah Pencegahan Prolactinoma
Masih belum tersebut sebarang tips-tips yang dikenalpasti dapat mencegah kepada terjadinya prolactinoma. Walaupun begitu, amalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang sedikit sebanyak turut dapat menjadikan kehidupan kita lebih sihat dan secara tidak langsung dapat mencegah diri kita dari pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.sehatfresh.com/prolactinoma/
http://www.sibagur.com/2013/05/prolactinoma-dan-kehamilan.html