Kenali Sacroiliitis
Artikel kesihatan kita pada hari ini ialah mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai sacroiliitis. Sacroiliitis adalah keradangan yang terjadi pada salah satu atau kedua-dua sendi sacroiliac kita. Apa tu sendi sacroiliac ye? Sendi sacroiliac adalah tempat di mana tulang belakang pada bahagian bawah dan tulang pinggul kita terhubung.
Antara kesan yang dapat dirasakan oleh pesakit sacroiliitis adalah seperti merasa sakit pada bahagian belakang atau punggung. Antara perbuatan yang dapat membuatkan rasa sakit yang dialami penderita sacroiliitis menjadi lebih teruk pula adalah seperti berdiri terlalu lama, menaiki tangga dan lain-lain.
Penyebab Sacroiliitis
Terdapat pelbagai faktor penyebab yang dapat mendorong kepada terjadinya sacroiliitis. Antaranya adalah seperti :
- Melalui kesan jangkitan
- Kesan daripada kecederaan yang dialami ketika jatuh
- Disebabkan oleh kehamilan
- Kesan daripada arthritis
Gejala-Gejala Sacroiliitis
- Sakit pada bahagian belakang ketika berdiri terlalu lama
- Sakit apabila berjalan dengan langkah yang besar
- Merasa tidak selesa dan sakit sekiranya meletakkan beban yang berlebihan pada sebelah kaki sahaja
- Sukar untuk berlari disebabkan oleh rasa sakit yang dialami
- Perbuatan seperti menaiki tangga juga dapat mendatangkan rasa sakit
Kesan Buruk Sacroiliitis
Sacroiliitis berkemungkinan menjadi sebahagian daripada suatu keadaan keradangan yang dikenali sebagai spondilitis ankilosa. Keradangan ini dapat mendatangkan kesan yang bahaya sekali apabila ia menjadi semakin serius atau teruk. Penderita berpotensi mengalami kesukaran untuk bernafas, kelainan pada tulang belakang, jangkitan pada paru-paru dan juga masalah pada jantung.
Langkah Menanggani Sacroiliitis
Antara langkah-langkah yang dapat dilakukan di dalam menganggani sacroiliitis adalah seperti :
- Melakukan pemeriksaan di klinik dan mendapatkan nasihat daripada doktor
- Mendapatkan rehat yang secukupnya
- Elakkan daripada melakukan sebarang aktviti yang dapat memburukkan lagi keadaan sakit anda
- Amalkan postur tubuh badan yang betul dan sihat
- Makan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=apa+itu+sacroiliitis
http://tokoalkes.com/blog/sacroiliitis-atau-sakroiliitis
http://www.sehatfresh.com/sacroiliitis/