Sindrom Gilbert

oie_vhgp9dii4het

Apa khabar semuanya, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis sindrom yang dikenali sebagai sindrom gilbert. Apa itu sindrom gilbert? Sindrom gilbert merupakan suatu bentuk gangguan hati dimana hati tidak memproses zat yang dikenali sebagai bilirubin dengan baik. Bilirubin dihasilkan daripada sel-sel darah merah yang rosak.

Sindrom gilbert mampu dialami oleh seorang daripada 20 orang individu. Walaupun begitu, anda tidaklah perlu risau kerana sindrom gilbert boleh dikatakan hanya suatu bentuk gangguan hati yang ringan sahaja. Ini kerana, sindrom gilbert tidaklah mendatangkan sebarang kesan yang sangat berbahaya.

 

Gejala Sindrom Gilbert

Gejala-gejala yang dialami oleh penderita sindrom gilbert kebiasaanya mula dialami ketika mereka berusia 15 hingga 30 tahun. Antara gejala-gejalanya ialah seperti :

  • Merasa sakit pada bahagian perut
  • Kulit dan bahagian putih mata menjadi kekuningan
  • Sering merasa lemah dan tidak bermaya
  • Kurang selera makan
  • Mual ringan dan kadangkala muntah

 

Faktor Penyebab Sindrom Gilbert

Penyebab utama yang sering membuatkan seseorang itu mengalami sindrom gilbert adalah disebabkan oleh sebuah gen yang tidak normal yang diwarisi mereka daripada ibu ataupun bapa. Gen yang tidak normal tersebut seterusnya tidak dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna iaitu bagi memecahkan bilirubin di dalam hati mereka.

Kesan daripada perkara itu, jumlah penghasilan bilirubin di dalam darah akan menjadi semakin bertambah.

 

 Faktor Pendorong Sindrom Gilbert

  • Sering tertekan atau stress
  • Rehat yang tidak mencukupi (kurang tidur)
  • Mengalami dehidrasi
  • Mengalami sakit seperti selsema
  • Diet yang terlalu rendah kalori

 

Langkah Mengatasi Sindrom Gilbert

Walaupun ia merupakan suatu gangguan hati yang ringan, adalah lebih baik juga untuk kita tetap berjaga-jaga terhadap sindrom ini, supaya kehidupan kita dapat menjadi lebih sihat dan berkualiti. Berikut dikongsikan pula mengenai beberapa tips atau langkah yang boleh diamalkan bagi mengatasi sindrom gilbert. Antaranya ialah seperti :

  • Amalkan pola pemakanan yang sihat
  • Kawal perasaan anda agar tidak selalu stress
  • Elakkan daripada mengamalkan diet yang sangat rendah kandungan kalorinya
  • Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan dehidrasi

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.news-medical.net/health/Symptoms-of-Gilberte28099s-Syndrome-(Indonesian).aspx

https://www.google.com/#q=penyakit+sindrom+gilbert

http://www.sehatfresh.com/sindrom-gilbert/

http://health.detik.com/read/2011/10/05/091003/1737025/770/sindrom-gilbert-penyakit-gangguan-hati-ringan

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *