Kenali Hipotermia
Salam rabu semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai suatu keadaan yang dapat terjadi apabila suhu bahagian dalam tubuh badan seseorang itu menurun secara mengejut, bawah daripada paras normal yang diperlukan oleh metabolisme dan fungsi tubuh badan iaitu 35°C dan ke bawah. Suhu normal yang diperlukan adalah diantara 36,5-37,5 °C.
Gejala-Gejala Hipotermia
Gejala bagi hipotermia sangat sukar sekali untuk dikenal pasti serta ia juga bergantung kepada betapa rendah suhu yang dialami oleh seseorang itu. Gejala hipotermia biasanya akan berkembang dengan perlahan sehingga membuat ia sukar dikenalpasti. Antara beberapa gejala umum hipotermia :
- Percakapan yang tidak jelas
- Pernafasan yang menjadi perlahan dan pendek
- Merasa bingung dan keliru
- Fikiran menjadi kurang sihat, menanggalkan pakaian walaupun sedang sejuk
- Terasa mengantuk dan merasa lemah tubuh badan
Sekiranya keadaan ini tidak segera ditanggani, pesakit berkemungkinan akan mengalami gejala yang lebih teruk lagi seperti pengsan, denyutan nadi menjadi lemah serta tidak teratur dan pernafasan menjadi pendek hingga berpotensi untuk tidak bernafas sama sekali. Jadi, segeralah mendapatkan rawatan supaya keadaan ini dapat segera ditanggani dan mengelakkan daripada keadaan yang lebih buruk.
Faktor Penyebab Hipotermia
Seperti yang telah tcm nyatakan di atas, apabila suhu bahagian dalam tubuh badan seseorang itu menurun secara mengejut dibawah paras normal, tubuh badan akan kehilangan habanya. Antara sebab bagaimana seseorang itu dapat mengalami kehilangan haba tubuh badannya adalah seperti :
- Memakai pakaian basah yang terlalu lama
- Tidak memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk
- Penggunaan penghawa dingin yang terlalu sejuk terutamanya bayi dan orang tua
- Terlalu lama berada di dalam tempat yang sejuk
Apabila suhu tubuh badan menurun dengan cara mengejut sehingga membuatkan seseorang itu mengalami hipotermia. Organ seperti jantung , sistem saraf dan organ lain tubuh badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Hal ini seterusnya mampu membawa kepada masalah seperti kegagalan jantung, kerosakan sistem pernafasan malah kematian!
Langkah Pencegahan Hipotermia
- Pilih pakaian yang sesuai dan tidak ketat supaya terdapat sedikit ruang peredaran udara panas di antara kulit dan pakaian.
- Pastikan stokin dan kasut anda tidak terlalu ketat supaya tidak mengganggu aliran darah.
- Pastikan tubuh tetap kering kerana air lebih cepat di dalam menyalurkan haba tubuh ke udara sekiranya dibandingkan dengan keadaan ketika kering.
- Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan musim.
- Lakukan pergerakan sederhana bagi memanaskan tubuh ketika sedang sejuk tetapi tidaklah sehingga keluar peluh berlebihan.
Bantuan Kecemasan Hipotermia
Sekiranya kawan anda atau ahli keluarga anda mengalami hipotermia dan anda telah pun membuat panggilan ke hospital dan sedang menunggu pasukan perubatan untuk sampai. Terdapat beberapa bantuan kecemasan yang dapat anda berikan sebelum pasukan perubatan sampai. Antaranya seperti :
- Berikan minuman yang suam sekiranya pesakit masih sedar dan mampu menelan (minuman tanpa kafein atau alkohol)
- Tukar pakaian pesakit kepada pakaian kering sekiranya pesakit memakai pakaian basah
- Tutup tubuh pesakit terutamanya perut dan kepala dengan selimut atau pakaian supaya menjadi panas
- Pantau pernafasan pesakit, lakukan cpr sekiranya nafas pesakit terhenti
- Berkongsi haba tubuh dengan pesakit dengan cara memeluknya secara berhati-hati. Sentuhan langsung kulit ke kulit adalah lebih berkesan.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://id.wikipedia.org/wiki/Hipotermia
http://www.alodokter.com/hipotermia
http://doktersehat.com/hipotermia-penyebab-gejala-dan-pencegahannya/