Kenali Orchitis

oie_3dt5csil8gjq

Hai semua, tajuk artikel kita pada hari ini adalah mengenai orchitis. Apa tu? Orchitis adalah suatu bentuk keradangan (pembengkakan) yang terjadi pada bahagian testis. Ia kebiasaannya merupakan tindak balas kedua oleh jangkitan yang terdapat pada bahagian lain tubuh badan kita. Orchitis mampu membuatkan penderita yang mengalaminya merasa sakit.

Selain itu, orchitis juga mampu mempengaruhi kesuburan. Disebabkan itu, langkah rawatan yang cepat perlulah dilakukan untuk mengubati masalah ini serta mengelakkan daripada sebarang masalah atau komplikasi lain daripada terjadi.

 

Gejala-Gejala Orchitis

Gejala bagi orchitis kebiasaannya dapat muncul secara tiba-tiba. Berikut merupakan beberapa gejala yang berpotensi dialami oleh pesakit orchitis.

  • Sakit pada bahagian celah kangkang
  • Salah satu atau kedua-dua testis mengalami pembengkakan
  • Merasa sakit kepala
  • Demam
  • Terdapat darah pada cairan sperma
  • Merasa sakit ketika buang air kecil
  • Testis merasa sakit ketika disentuh atau ketika hubungan seks

 

Faktor Penyebab Orchitis

Penyebab bagi orchitis dapat dikategorikan kepada tiga jenis :

  1. Virus : Orchitis daripada kategori ini adalah disebabkan oleh virus mumps. Ia biasanya dialami oleh kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun ke bawah.
  2. Bakteria : Antara bakteria yang dapat menyebabkan orchitis adalah seperti escherichia coli, staphylococcus dan streptococcus. Bakteria penyebab epididimitis juga mampu mendorong orchitis. Selain itu, lelaki yang aktif melakukan hubungan seks bebas juga terdedah kepada penyakit menular seksual seperti gonore, klamidia dan sifilis.
  3. Idiopatik : Akhir sekali, orchitis daripada jenis ini merupakan orchitis yang tidak dapat dikenalpasti apakah penyebab utamanya.

 

Bagi yang tertanya-tanya, orchitis mengambil masa kira-kira selama 4-6 hari untuk ia berkembang. Selain testis, orchitis juga dapat terjadi pada bahagian lain seperti saluran kencing dan bahagian epididimis. Kebanyakan kes orchitis banyak melibatkan kanak-kanak lelaki yang baru mencapai usia akil baligh.

 

Faktor Pendorong Orchitis

Berikut tcm kongsikan beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu untuk menghidapi orchitis.

  • Mengalami jangkitan saluran kencing
  • Mengamalkan tabiat hubungan seks bebas
  • Menjalani pembedahan yang berkaitan dengan alat sulit atau saluran kencing
  • Menghidapi penyakit menular seksual

 

Langkah Menanggani Orchitis

  • Elakkan daripada mengamalkan hubungan seks bebas
  • Segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami sebarang gejala orchitis
  • Ikut segala arahan yang disarankan oleh doktor
  • Sentiasa maklumkan kepada doktor sekiranya anda mengalami sebarang gejala baru
  • Letakkan ais pada skrotum untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+orchitis

http://www.alodokter.com/orchitis

https://hellosehat.com/penyakit/orchitis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *