Penyakit MRSA

oie_ay9nenfy9pra

Salam isnin semua, artikel yang akan dikongsikan bersama anda semua hari ini adalah berkenaan dengan penyakit MRSA. MRSA adalah singkatan daripada methicillin-resistant staphylococus. Panjangnya nama, penyakit apa pulak ni yea? MRSA sebenarnya merupakan sejenis kuman atau bakteria “staph’ yang biasanya tidak terpengaruh dengan antibiotik yang biasanya dapat menyembuhkan staph.

MRSA mampu menyebabkan penyakit merebak yang berbahaya pada tulang, sendi, darah, injap jantung dan paru-paru. Sekiranya tidak diubati dengan kadar segera, MRSA mampu mengancam nyawa penderitanya. Bahaya kan??

 

Dua Jenis MRSA

  1. HA-MRSA : MRSA yang diperolehi daripada hospital
  2. CA-MRSA : MRSA yang diperolehi daripada masyarakat

 

Gejala-Gejala MRSA

Antara gejala umum MRSA adalah seperti munculnya benjolan merah kecil pada kulit yang kelihatan seperti jerawat atau bisul. Selain itu, antara gejala lain bagi MRSA adalah seperti :

  • Mengalami ruam
  • Demam sehingga menggigil
  • Merasa sakit pada bahagian dada
  • Luka yang sukar untuk sembuh
  • Mengalami kelelahan
  • Batuk atau sesak nafas

 

Faktor Penyebab MRSA

Berdasarkan kes MRSA yang direkodkan, kebanyakan pesakit yang dijangkiti MRSA adalah melalui sentuhan kulit secara langsung dengan mereka yang telah pun dijangkiti MRSA. Selain itu, menggunakan barang yang telah dicemari bakteri ini juga turut berpotensi membuatkan seseorang itu menghidapi MRSA. Bagi individu yang memiliki sistem ketahanan tubuh badan yang lemah pula..

mereka dapat dijangkiti MRSA melalui proses pembedahan, rawatan kanser ataupun ketika melakukan proses mencuci darah.

 

Faktor Pendorong MRSA

Dengan mengenali faktor-faktor yang mendorong kepada jangkitan MRSA, anda secara tidak langsung dapat berwaspada dengan lebih baik terhadap penyakit ini. Antaranya :

  • Menyentuh dan memicit pada bisul atau luka
  • Tidak membasuh tangan dengan bersih
  • Menggunakan alat solek yang telah digunakan oleh pesakit MRSA
  • Menggunakan tuala, pakaian atau cadar pesakit MRSA

 

Tiga Kesan MRSA

  1. Jangkitan kulit seperti bisul dan Impetigo
  2. Jangkitan yang teruk pada tulang, darah, paru-paru dan lain-lain anggota tubuh badan
  3. Jangkitan di bawah kulit (cellulitis)

 

Langkah-Langkah Pencegahan MRSA

  • Cuci tangan menggunakan sabun dan air suam dengan cara yang betul selama 15 saat
  • Tutup luka anda dengan kain pembalut yang bersih sehingga sembuh
  • Elakkan daripada berkongsi barangan peribadi terutamanya yang berkaitan dengan sentuhan kulit seperti tuala atau pisau cukur
  • Cuci barang anda dengan menggunakan pembasmi kuman (1 sudu makan pembasmi kuman dilarutkan dengan 1 liter air) kemudian gunakan tuala bersih untuk mengelapnya

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

MRSA, penyakit yg lebih mematikan drpda AIDS!

https://hellosehat.com/penyakit/mrsa/

https://health.detik.com/read/2009/10/01/143829/1212925/763/ganasnya-bakteri-mrsa

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *