Tips Kesihatan : 5 Khasiat Ulam Raja
Hai semua, artikel yang ingin tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis tumbuhan yang sangat berkhasiat. Tumbuhan yang ingin tcm kongsikan tersebut dikenali sebagai ulam raja atau nama saintifiknya iaitu cosmos caudatus. Betul ke ulam raja ni mampu memberikan kita pelbagai kebaikan? Masyarakat kampung dulu telah lama membuktikan kepada kita akan hal ini.
Ianya adalah melalui amalan pemakanan mereka di dalam memakan ulam-ulaman segar. Salah satu daripada ulam-ulaman tersebut, termasuklah ulam raja. Disebabkan oleh amalan ini, kita dapat melihat adalah sangat kecil bilangan masyarakat kampung dulu yang mudah jatuh sakit.
Kandungan Ulam Raja
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, ulam raja ditemui mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan Laksium dan vitamin A. Selain itu, ulam raja turut mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang sangat tinggi. Iaitu setiap 100 gram ulam yang segar, mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Terdapat kira-kira lebih dua puluh jenis bahan antioksida yang dikenalpasti terdapat di dalam ulam raja.
Antara 5 Khasiat Ulam Raja
1. Menaikkan Selera Makan
Menurut kajian, ulam raja dikenal pasti dapat membantu menaikkan selera makan seseorang itu. Caranya adalah dengan mendapatkan 100 gram daun ulam raja yang masih segar. Kemudian, bersihkan daun tersebut dengan air dan seterusnya dimakan secara mentah ataupun ketika anda makan nasi.
2. Mengatasi Masalah Jantung
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan moden, individu yang mengalami masalah jantung turut dapat mengamalkan ulam raja bagi menanggani masalah mereka. Caranya adalah seperti dibersihkan dan dimakan secara mentah ataupun dapat direbus dengan sukatan tiga gelas air dan direbus sehingga tinggal dua gelas air. Setelah itu, minum air rebusan tersebut.
3. Untuk Menghalau Serangga
Mungkin ada yang terkejut, aik untuk serangga?? Yup betul, selain baik untuk kesihatan kita, ulam raja juga mampu membantu kita menghalau serangga. Caranya adalah seperti, ambil daun ulam raja dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian, letakkan di tempat-tempat yang dialui oleh serangga.
4. Mencegah Penuaan (Awet Muda)
Mesti ramai kan berminat dengan khasiat yang ini? Tak dinafikan, setiap manusia menginginkan wajah yang sihat serta muda. Lebih-lebih lagi wanita. Oleh itu, seringkan amal memakan ulam raja ni ye. 🙂
5. Menghilangkan Bau Mulut
Dengan memakan ulam raja secara rutin, kita secara tak langsung sebenarnya mampu menghilangkan masalah mulut berbau. Selain itu, disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam ulam raja, kita juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://pilajaibdariallah.blogspot.my/2016/02/khasiat-daun-ulam-raja-kenikir-untuk.html
https://www.google.com/#q=khasiat+ulam+raja