Masalah Kesuburan Wanita

masalah kesuburan wanita

Salam khamis kepada semua yang membaca. Pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai masalah kesuburan. Untuk kali ini, tcm akan fokus terhadap wanita terlebih dahulu. Ok, jika disebut berkenaan dengan sesuatu masalah itu, pasti yang akan membuatkan kita tertanya-tanya adalah mengapa masalah itu terjadi.

Akan tetapi, sebelum kita membincangkan kenapa masalah itu dapat terjadi. Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua, apakah tanda-tanda yang dialami oleh seseorang wanita yang mempunyai masalah kesuburan.

 

Gejala-Gejala Masalah Kesuburan Wanita

Kitaran haid yang tidak teratur

Seperti yang dinyatakan di atas, walaupun anda mengalami haid pada setiap bulan, terdapat kemungkinan juga untuk anda mengalami masalah kesuburan. Ini mungkin terjadi sekiranya kitaran bulanan anda terlalu pendek (kurang daripada 24 hari) atau terlalu lama (lebih daripada 35 hari). Akan tetapi, kedatangan haid yang lambat atau awal juga tidak selalunya menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kesuburan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan pemeriksaan.

Masalah Pendarahan Haid

Pendarahan yang terlalu berat atau terlalu ringan yang dialami ketika haid juga dapat menunjukkan tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Pendarahan selama 3 hingga 7 hari menunjukkan kitaran yang biasa. Manakala, pendarahan yang terjadi lebih daripada 7 hari atau mengalami kekejangan yang sangat teruk menandakan masalah kesuburan yang mungkin dialami seseorang itu.

Keguguran Yang Berulang

Wanita yang mengalami keguguran ketika mengandung berpotensi mengalami masalah kesuburan. Bagi mereka yang mengalami keguguran sebanyak tiga kali secara berturut-turut dapat disimpulkan sebagai salah satu tanda ketidaksuburan.

 

Penyebab Masalah Kesuburan

1. Masalah Hormon

  • Tiada ovulasi : Ovulasi dikawal oleh hormon kesuburan. Oleh itu, sekiranya paras hormon anda terganggu atas apa jua sebab, ovulasi anda akan terjejas. Antara contoh masalah ovulasi adalah seperti haid yang tidak teratur atau tiada haid.
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS) : PCOS menandakan seseorang wanita itu mempunyai banyak sista yang terdapat pada ovari dan hormonnya menjadi tidak seimbang. Doktor dapat mengenalpasti penyakit ini dengan menjalankan ujian darah pada pesakit.
  • Fasa luteal pendek : Sekiranya bilangan hari diantara ovulasi dan permulaan haid sangat sedikit, iaitu kurang daripada 10 hari. Ada kemungkinan walaupun anda dapat hamil, telur yang tersenyawa dapat digugurkan sebelum ia dapat melekat pada lapisan rahim.
  • Menopaus awal : Bagi mereka yang telah menopaus, kehamilan tidak mungkin berlaku. Manakala, bagi mereka yang berada di dalam jangka untuk menjadi menopaus (primenopaus) adalah sukar untuk hamil. Wanita yang mempunyai ibu yang mengalami menopaus awal, berpotensi tinggi untuk turut mengalaminya.

2. Masalah Dengan Tiub Fallopian

Tiub fallopian yang tersumbat boleh menghalang sperma daripada sampai ke telur.

  • Jangkitan Klamidia : Jangkitan klamidia yang tidak dirawat dapat menyebabkan tiub fallopian tersumbat. Klamidia merupakan sejenis jangkitan biasa yang mudah berjangkit melalui hubungan seks tanpa perlindungan.
  • Fibroid : Fibroid merupakan ketumbuhan tisu otot di dalam rahim yang boleh menyumbat tiub fallopian atau menghalang telur yang sudah tersenyawa dari ditanam.
  • Endometriosis : Perkara ini terjadi apabila tisu yang menjadi lapisan rahim tumbuh di luar rahim. Ia secara tak langsung dapat menghalang tiub fallopian dan mencegah persenyawaan. Selain itu, endometriosis juga turut dapat menyebabkan haid yang banyak dan/atau menyakitkan.

 

Faktor Pendorong Masalah Kesuburan

Tabiat merokok

Berbanding dengan mereka yang tidak merokok, lelaki yang merokok berpotensi mempunyai bilangan sperma yang lebih sedikit dan/atau jumlah sperma abnormal yang lebih tinggi. Bagi wanita pula, merokok dapat mempengaruhi tahap kesuburan mereka dan menyebabkan menopaus pramatang. Selain itu, wanita turut berisiko mengalami keguguran di samping sakit bersalin yang awal.

Pengambilan alkohol

Kesuburan lelaki atau wanita kedua-duanya dapat  terjejas dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. Kajian menunjukkan pengambilan alkohol bagi wanita hanya disarankan maksimum 1-2 unit sehari, manakala bagi lelaki 3-4 unit sahaja sehari. Kajian juga menunjukkan, mengurangkan pengambilan alkohol dapat membantu anda untuk hamil.

Berat badan

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau yang terlalu kurang, dapat meningkatkan risiko untuk mereka mengalami masalah kesuburan. Hal ini adalah kerana berat badan kita sebenarnya dapat mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh badan kita. Langkah yang baik adalah dengan mendapatkan berat badan ideal bagi mengatasi masalah ini.

Anda juga secara tidak langsung dapat mencegah daripada lain-lain penyakit yang disebabkan oleh berat badan anda.

 

Langkah Meningkatkan Kesuburan

Melalui pemakanan

Meningkatkan pengambilan makanan yang dapat meningkatkan kesuburan. Antaranya adalah seperti makanan yang banyak mengandungi asam folat. Asam folat sangat diperlukan tubuh badan kita untuk menjalankan proses ovulasi. Antara contoh makanan ialah asparagus, bayam, jagung, kacang hijau dan buah-buahan seperti betik, jeruk dan alpukat.

Selain itu, makanan yang kaya akan zat besi dan vitamin E juga penting bagi meningkatkan kesuburan. Zat besi dapat memberikan kualiti pada sel telur. Manakala vitamin E pula berfungsi bagi menjaga kualiti sel telur. Bayam, kacang tanah dan kentang merupakan contoh makanan yang kaya akan zat besi. Contoh makanan kaya akan vitamin E pula ialah sawi, paprika merah dan biji bunga matahari.

Mendapatkan rehat yang berkualiti

Rehat yang berkualiti dapat memberi kesan yang baik pada tahap kesihatan dan stress seseorang itu. Stress juga sebenarnya merupakan satu sebab mengapa wanita sukar untuk hamil. Jadi dengan mendapatkan waktu rehat yang berkualiti dan mencukupi, serta elakkan diri anda daripada stress, anda dapat mengurangkan risiko untuk mengalami masalah kesuburan.

Melakukan aktiviti bersenam secara rutin

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang aktif memiliki potensi lebih tinggi untuk hamil berbanding mereka yang kurang beraktiviti.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://my.clearblue.com/belum-hamil-lagi/apakah-sebab-sebab-masalah-kesuburan

https://bramardianto.com/tanda-tanda-masalah-kesuburan-perempuan.html

http://www.yukitabaca.com/2014/03/cara-meningkatkan-kesuburan-pada-wanita.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *