Penyakit Metabolik Semula Jadi (IEM)
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca. Pada kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Metabolik Semula Jadi (IEM) atau Inborn Errors Metabolism (IEM). IEM merupakan sejenis kecacatan genetik yang menyebabkan badan gagal menghasilkan enzim tertentu bagi tujuan menggunakan bahan yang diserap kepada tenaga.
IEM juga merupakan salah satu penyakit keturunan. Nama lain bagi IEM adalah autosomal recessive di mana kedua-dua ibu bapa adalah sihat akan tetapi merupakan pembawa kepada penyakit tersebut.
Jenis-Jenis Penyakit IEM
Terdapat lebih daripada 400 jenis penyakit IEM yang telah dikenal pasti. Antara yang paling biasa ditemui di Malaysia adalah seperti :
- Kekurangan enzim glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD)
- Penyakit air kencing sirap mapel (MSUD)
- Asiduria metilmalonik (MMA)
- Asiduria propionat (PPA)
- Kecacatan laluan urea (UCD)
- Fenilketonuria (PKU)
- Mukopolisakaridosis (MPS)
- Penyakit mitokondria
Secara keseluruhannya, penyakit IEM dianggarkan dapat terjadi pada satu dari setiap 4000 kelahiran dan mempengaruhi semua kaum di seluruh dunia. Penyakit ini biasanya menjejaskan bayi dan kanak-kanak. Akan tetapi, penyakit ini juga dapat dialami oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur.
Gejala-Gejala Penyakit IEM
- Kurang menyusu
- Kerap muntah-muntah
- Menghidapi sawan
- Kelihatan penat setelah satu jangka pendek yang sihat selepas lahir
- Kelihatan lemah
- Kelihatan tidak bermaya dan mudah pengsan
Komplikasi Penyakit IEM
Dengan diagnosis awal dan rawatan yang berkesan, tanda-tanda klinikal dan neurologi seperti kerencatan otak, kecacatan anggota badan lain mungkin boleh dicegah dalam75% pada kanak-kanak tesebut. Akan tetapi, sekiranya kelewatan di dalam diagnosis dan rawatan, hal ini dapat menyebabkan kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan rapi, terpaksa di masukkan ke dalam hospital untuk jangka masa panjang serta memerlukan penjagaan jangka panjang di institusi.
Senarai Rawatan
Antara rawatan yang dapat diberikan pada pesakit IEM adalah seperti :
- Sekatan mengehadkan makanan
- Ubat-ubatan dan vitamin
- Pengantian enzim
- Pemindahan sum-sum tulang
- Pemindahan hati
Tips Pencegahan
- Menjalani ujian saringan pada 48 hingga 72 jam selepas bayi dilahirkan dan sebelum menjadi sakit serta kesihatan merosot
- Ujian saringan hanya memerlukan 3 titisan darah dan boleh berkesan 30 hingga 40 jenis penyakit IEM
- Diagnosis awal dan rawatan yang berkesan dapat mencegah bayi-risiko tinggi dari kecacatan akal dan anggota
- Kaunseling genetik
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+metabolik+semula+jadi+iem
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kecacatan_metabolik_semula_jadi
http://www.myhealth.gov.my/penyakit-metabolik-semula-jadi-iem/