Masalah Kurang Darah Putih
Apa khabar semua, artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan masalah kurang darah putih. Pernah dengar akan masalah ini? Tcm pasti ramai diantara kita yang lebih tahu akan sejenis penyakit yang dikenali sebagai leukemia. Leukemia merupakan suatu keadaan di mana tubuh badan pesakit akan menghasilkan sel darah putih yang belum matang dalam jumlah yang tinggi dari keadaan normal.
Keadaan tersebut seterusnya membuatkan sel-sel darah tersebut tidak dapat melakukan tugas mereka. Akan tetapi, artikel kita pada hari ini akan membincangkan berkenaan keadaan yang bertentangan dengan penyakit leukemia. Iaitu suatu keadaan di mana tubuh badan seseorang itu mengalami kekurangan sel-sel darah putih.
Fungsi Sel Darah Putih
Sel darah putih atau juga dikenali sebagai leukosit berfungsi sebagai penjaga sistem ketahanan tubuh badan manusia sehingga penyakit tidak mudah untuk menyerang. Leukosit adalah sel darah putih yang berjumlah diantara 6000-9000 per mm3 dan boleh berubah bentuk walaupun tidak memiliki warna. Sela darah putih juga dapat bertahan hidup diantara 12-13 hari sahaja. Sel ini dibuat daripada tulang merah tulang rata, nodus limfa dan limpa.
Bahaya Kurang Sel Darah Putih
1. Sistem ketahanan tubuh badan menjadi lemah
Disebabkan oleh fungsinya bagi menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita dari sebarang penyakit, kekurangan jumlah darah putih secara tak langsung turut membuatkan sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu juga akan menurun.
2. Kanser darah
Kanser darah turut dapat berlaku akibat dari kurang sel darah putih. Keadaan ini juga dikenali sebagai Leukopeni dimana suatu keadaan pesakit yang mengalami kekurangan sel darah putih. Selain menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita, sel darah putih juga berfungsi untuk menyembuhkan kita dari segala penyakit.
3. Tifus
Bakteria dan virus dengan mudah dapat memasuki tubuh badan kita apabila kita tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Salah satu jenis penyakit adalah seperti tifus. Tifus termasuk sebagai salah satu penyakit jangkitan dari bakteria salmonella.
4. Campak
Penyakit dengan ciri-ciri muntah, demam dan munculnya bintik-bintik merah di seluruh tubuh badan dapat menjadi lebih bahaya sekiranya seseorang itu juga mengalami masalah kekurangan sel darah putih. Dengan melakukan ujian darah dan pemeriksaan, anda biasanya dapat mengetahui keadaan penyakit campak yang dialami anda.
5. Selsema
Selsema merupakan sejenis sakit yang ringan. Ini kerana, rawatan penyembuhannya yang biasa. Pesakit biasanya hanya perlu cukup tidur dan meminum ubat. Akan tetapi, dengan adanya masalah seperti kekurangan sel darah putih, pesakit perlu mendapatkan rawatan intensif di hospital.
6. Jangkitan
Seperti yang tcm jelaskan di atas, kekurangan sel darah putih bukan hanya membuatkan kita lebih mudah diserang penyakit, akan tetapi proses penyembuhan sebarang penyakit juga akan menjadi lebih lambat. Penting untuk kita tahu, semakin lambat proses penyembuhan sesuatu penyaktit, penyakit akan bertambah lebih teruk disebabkan oleh bakteria dan kuman yang semakin berkembang.
Tips Meningkatkan Sel Darah Putih
1. Diet sihat dan mentah
Pemakanan makanan mentah dapat membantu di dalam penghasilan sel darah putih. Antara contoh makanan mentah yang dimaksudkan adalah seperti kubis, tomato, epal, anggur dan pelbagai lagi buah-buahan dan sayur-sayuran sihat untuk diamalkan. Fokus utama bagi diet ini adalah bagi menurunkan berat badan, oleh itu pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih dari makanan lainnya.
2. Minum minyak kelapa
Minyak kelapa adalah suatu bahan yang selamat dan sangat efektif dimanfaatkan supaya penghasilan sel-sel darah putih naik dengan hanya pengambilan satu sudu setiap hari. Minyak kelapa mengandungi mineral dan vitamin yang banyak sehingga tak hanya dalam mengembalikan jumlah leukosit, tapi ia juga dapat menjaga kesihatan tubuh, kulit serta rambut.
3. Berjumpa dengan doktor
Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah ini, segeralah untuk berjumpa dengan doktor. Ini kerana doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dengan lebih lanjut dan lebih tepat. Tips ini sangat penting untuk diikuti kerana, ia dapat mencegah keadaan anda daripada berubah menjadi lebih teruk.
Tips Atasi Masalah Kurang Sel Darah Putih
1. Elakkan daripada stress
Seperti artikel yang tcm kongsikan semalam, stress mampu menyebabkan pelbagai perkara. Dengan mengelakkan stress, kita secara tak langsung dapat membuatkan seluruh hormon tubuh badan kita menjadi stabil dan secara tak langsung mengelak dari berlakunya masalah leukosit.
2. Sering bersenam
Bersenam secara rutin baik bagi kesihatan kita. Dengan jenis olahraga yang sesuai, kita dapat membuatkan sistem metabolisme kita bekerja pada tahap maksima. Hal ini juga dapat membantu mencegah kita dari sebarang masalah berkaitan sistem hormon.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+kurang+darah+putih
https://halosehat.com/tips-kesehatan/kesehatan-darah/cara-mengatasi-kekurangan-sel-darah-putih
https://halosehat.com/penyakit/gejala/bahaya-kekurangan-darah-putih