Penyakit PSP Gangguan Pergerakan
Selamat pagi semua, artikel kita pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit gangguan pergerakan yang dikenali sebagai Progressive Supranuclear Palsy (PSP). Antara nama lain bagi PSP ialah Steele-Richardson-Olszewski Syndrome. Penyakit ini merupakan kelainan otak yang menyebabkan pesakit mengalami kesukaran berjalan serta mengganggu keseimbangan tubuh dan gerakan mata.
Pergerakan bergantung pada otot-otot yang terdapat diseluruh tubuh badan. Tubuh badan dapat mengawal otot disebabkan adanya rangkaian saraf pada sistem saraf. Bermula dari otak sehinggalah ke sumsum tulang belakang. Dari bahagian tersebut, rangkaian saraf menyebar ke seluruh tubuh badan.
Penyebab PSP
Terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan pergerakan selain PSP. Antaranya adalah seperti ataxia, distonia, essential tremor, penyakit huntington, multiple system atrophy (MSA), mioklonus dan penyakit parkinson. PSP terjadi disebabkan berlakunya penurunan sel pada bahagian otak yang mengawal pergerakan tubuh dan fikiran.
Gejala-Gejala PSP
- Hilang keseimbangan ketika berjalan. Pada peringkat awal, pesakit berkemungkinan sering jatuh ke belakang.
- Ketidakmampuan untuk mengawal arah pandangan mata dengan baik. Pesakit mungkin mengalami kesukaran melihat ke bawah, penglihatan kabur atau penglihatan berganda.
- Gerakan tubuh badan yang kaku
- Gangguan untuk bercakap serta kesukaran menelan makanan
- Sensitif terhadap cahaya
- Riak wajah seperti takut atau terkejut kerana otot wajah kaku
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini kerana, PSP akan bertambah buruk seiring dengan pertambahan waktu. Penting untuk kita tahu, PSP turut mampu menyebabkan kematian. Selain itu, PSP juga dapat terjadi tanpa perlu adanya sejarah penyakit tersebut di dalam keluarga pesakit.
Faktor Risiko PSP
Pada masa kini, satu-satunya faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami penyakit ini adalah usia. Ini kerana, berdasarkan kajian yang dijalankan, PSP sering ditemui pada pesakit yang berusia 60-an. Penyakit ini masih lagi belum dapat ditemui pada mereka yang berusia di bawah 40-an.
Tips-Tips Bagi Pesakit PSP
- Gunakan ubat titis mata bagi membantu mengatasi mata kering akibat sukar untuk mengedipkan mata atau penghasilan air mata yang berlebihan.
- Pasang tempat pemegang atau handle di bilik air bagi mengelakkan pesakit dari jatuh.
- Gunakan alat bantu jalan seperti tongkat bagi menjaga keseimbangan tubuh badan.
- Hilangkan semua barang yang terdapat di lantai yang dapat membuatkan pesakit tersadung. Antaranya seperti karpet, barang mainan dan lain-lain.
- Elakkan daripada naik dan turun tangga kerana sangat berbahaya sekiranya terjatuh.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=apa+itu+progressive+supranuclear+palsy
https://www.docdoc.com/id/info/condition/masalah-pergerakan
https://hellosehat.com/penyakit/progressive-supranuclear-palsy/