Tips Kesihatan : 8 Tips Naikkan Berat Badan

oie_Eu5FpivRky0G

Hai semua, kita selalu dengar orang tanya macam mana ye cara nak kuruskan badan. Atau, alamak berat badan aku dah naik la. Tapi ada juga diantara kita yang mempunyai masalah yang sebaliknya. Jadi disebabkan itu, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua tips-tips yang dapat kita amalkan di dalam menaikkan berat badan.

Sama seperti mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, mereka yang terlalu kurus juga mempunyai perasaan rendah diri apabila berjumpa dengan orang. Lebih teruk lagi, ada pula kawan-kawan yang mulut agak lazer ‘tajam’ dalam mengomen. “Aku tengok kau ni makan banyak, tapi kurus je, ambik dadah ke”. Aduh..sakitnya tuh nya di sini.

 

Golongan Yang Terlibat

Masalah ini dapat dialami oleh semua orang. Akan tetapi, kebiasaannya masalah ini lebih sering menjadi masalah pada lelaki. Ini kerana, tubuh badan yang terlalu kurus membuatkan mereka merasa rendah diri kerana kelihatan lemah berbanding kawan-kawan yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga turut berpotensi mengalami masalah ini.

 

8 Tips Naikkan Berat Badan

1.’Minum’ Makanan Anda

Cecair tubuh sebenarnya tidak diganti dengan mudah seperti makanan pepejal. Jadi, apabila anda cuba untuk menaikkan berat badan, ceair boleh ditambah dengan minum sebagaimana biasa kerana ia takkan membuatkan anda berasa sendat atau kembung perut. Pilihan terbaik adalah seperti jus buah-buahan segar, susu organik, soya dan smoothie.

Smootie adalah ideal kerana ia boleh diambil bersama makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak merah dan serbuk protein.

 

2. Ambil Lebih Banyak Kalori Dari Biasa

Secara mudahnya, anda tidak dapat menaikkan berat badan kerana jumlah kalori yang diambil sebelum ini hanya habis digunakan untuk pembakaran kalori dalam tubuh. Oleh itu, anda tidak dapat menyimpan tenaga lebihan sebagai lemak dan membina otot. Jadi tambahkan sedikit jumlah keperluan kalori dalam pemakanan seharian anda. (kalori masuk > kalori keluar)

 

3. Makan Beberapa Makanan Sekaligus

Anda perlu menyasarkan sekurang-kurang tiga kumpulan makanan. Berbanding hanya makan sebiji epal atau segenggam kacang, tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega. Lebih baik lagi, lengkapkan hidangan anda dengan segelas susu organik tanpa lemak atau segelas soya. Pengambilan pelbagai jenis makanan akan meluaskan lagi spektrum nutrien untuk tubuh bekerja sepanjang hari.

 

4. Banyakkan Pengambilan Protein

Protein sangat diperlukan tubuh badan kita untuk membina tisu dan otot. Akan tetapi, sekiranya tanpa pengambilan kalori, ia mungkin berakhir dengan menjadi stok lemak berlebihan dalam tubuh. RDA (Recommended Dietary Allowance) mencadangkan pengambilan protein bagi individu biasa ialah sebanyak 0.8 gram bagi setiap kilogram berat tubuh.

Untuk yang terlebih kurus, cuba ambil sebanyak 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contohnya berat anda 45kg, jadi protein yang anda perlukan setiap hari adalah sebanyak 67 g.

 

5. Makan Tepat Sebelum Tidur

Banyak proses penyembuhan, pembaikan dan pertumbuhan semula (regenaration) oleh tubuh berlaku semasa kita tidur. Ia adalah waktu yang sibuk untuk tubuh badan kita membina otot dan tisu. Jadi, dengan memakan snek yang sihat sebelum tidur, ia dapat memberikan nutrien yang cukup untuk tubuh badan menjalankan tugas.

Contoh makanan? Anda boleh makan semangkuk kecil pasta salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.

 

6. Elak Dari Skip Waktu Makan

Elakkan dari mengehadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda perlukan. Lebih baik lagi sekiranya dapat menyediakan kombinasi protein, karbohidrat dan lemak di dalam diet seharian anda.Sebaiknya 3 kali sehari dan diselang selikan dengan snek sihat tambahan.

 

7. Elak Perut Kosong Melebihi 4 Jam

Badan memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja. Kaedah terbaik untuk mengelak badan dari kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap serta jarakkan kira-kira dalam 3 ke 5 jam.

 

8. Pilih Makanan Yang Padat Dengan Tenaga (Elak Junk Food)

Mengambil makanan yang padat dengan tenaga atau kalori dalam satu hidangan amat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan berat badan. Antara makanan yang disarankan seperti buah-buahan kering seperti kurma, buah tin kering dan kismis. Produk tenusu seperti susu segar, yogurt, keju dan sebagainya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

5 Tips Cepat Dan Berkesan Untuk Tambah Berat Badan

https://yourfabulousmama.net/cara-nak-tambah-berat-badan/

https://siraplimau.com/makanan-menaikkan-berat-badan-berkesan/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *