Penyakit Amiloidosis

oie_YPIWm0znW6ll

Salam isnin semua, macam mana cuti hujung minggu anda semua? Tcm harap semuanya baik-baik sahaja ye. Seperti biasa, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai amiloidosis. Amiloidosis adalah suatu keadaan di mana sebuah protein yang dikenali sebagai amiloid terkumpul pada tisu dan organ tubuh badan.

Apabila hal ini terjadi, ia seterusnya dapat mempengaruhi fungsi organ yang terlibat dan tubuh badan seseorang itu. Penting untuk kita semua tahu, amiloidosis merupakan suatu masalah kesihatan yang sangat serius. Ini kerana, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan organ sehingga dapat mengancam nyawa.

 

Gejala-Gejala Amiloidosis

Kebiasaannya pesakit tidak akan mengalami sebarang gejala sehinggalah tahap amiloidosis menjadi semakin teruk. Antara gejala yang dapat dialami pesakit ialah :

  • Mengalami kesukaran menelan sesuatu
  • Perut terasa penuh
  • Hilang deria rasa pada tangan atau kaki
  • Merasa sesak nafas
  • Sakit pada bahagian sendi
  • Mengalami perubahan pada kulit seperti kulit menebal
  • Cirit-birit (diarrhea)
  • Mengalami pembengkakan pada lidah
  • Tangan atau kaki merasa sakit atau kebas
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Genggaman tangan yang lemah
  • Berat badan turun tapa sebab yang jelas
  • Nafas menjadi pendek
  • Pergerakan tangan dan kaki membengkak
  • Jumlah sel darah merah yang rendah (anemia)

 

Faktor Penyebab Amiloidosis

Terdapat banyak protein tubuh badan yang berbeza yang dapat menyebabkan pembentukan amiloid. Akan tetapi, hanya sebilangan kecil sahaja yang dikenalpasti dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius. Antara organ-organ yang berpotensi tinggi terkena amiloidosis adalah seperti jantung, limpa, hati, saluran pencernaan, buah pinggang dan sistem saraf.

 

Jenis-Jenis Amiloidosis

  1. Amiloidosis primer – Dikenali dengan nama AL amylodiosis (immunoglobulin light chain amylodiosis). Amiloidosis primer merupakan jenis yang paling umum sering ditemukan. Ia terjadi ketika sumsum tulang menghasilkan antibodi abnormal yang tidak dapat dileraikan. Antara organ yang berisiko seperti jantung, ginjal, saraf dan hati.
  2. Amiloidosis sekunder – Dikenali dengan nama AA amylodiosis. Amiloidosis ini muncul bersama-sama dengan penyakit-penyakit jangkitan kronik atau keradangan seperti lupus, TBC atau penyakit Crohn.
  3. Organ-specific amylodiosis – Dapat menyebabkan pengumpulan zat amiloid pada satu organ spesifik termasuk kulit.
  4. Dialysis-related amylodiosis – Muncul ketika protein di dalam darah terkumpul pada sendi otot tendon. Keadaan ini menyebabkan kekakuan, rasa sakit serta pengumpulan cairan di dalam sendi. Amiloidosis jenis ini biasanya dialami pesakit yang menjalani proses cuci darah untuk jangka masa yang panjang.
  5. Senile systemic amylodiosis – Kebiasaannya dialami oleh mereka yang telah lanjut usianya. Amiloidosis jens ini biasanya menyebabkan pengumpulan zat amiloid pada jantung dan tisu-tisu lain tubuh badan.
  6. Amiloidosis Turunan – Merupakan kelainan genetik yang diwarisi daripada ibu bapa yang memberi kesan pada hati, saraf, jantung dan ginjal. Beberapa kelainan genetik dapat meningkatkan risiko terkena penyakit amiloidosis

 

Komplikasi Amiloidosis

Sekiranya tidak segera diubati, amiloidosis dapat menyebabkan kerosakan organ yang serius. Antaranya seperti :

  • Jantung – Protein amiloid dapat mengurangkan kemampuan jantung untuk mengepam darah sehingga pesakit mengalami sesak nafas
  • Buah pinggang – Protein amiloid dapat merosakkan sistem penyaringan buah pinggang. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Sistem saraf – Pesakit merasa sakit, hilang deria rasa dan merasa kebas pada jari tangan. Selain itu, pesakit turut dapat mengalami sembelit dan diarrhea.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+amiloidosis

http://www.alodokter.com/amiloidosis

http://doktersehat.com/amiloidosis/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *