Tips Kesihatan : 6 Tips Atasi Luka Melecur
Luka melecur merupakan salah satu kecederaan yang paling sering sekali terjadi di rumah. Antara sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami luka melecur adalah kerana terkena percikan minyak panas ketika memasak. Akan tetapi, luka melecur memiliki beberapa tahap. Tips-tips yang tcm nak kongsikan hanya sesuai untuk diamalkan mereka yang mengalami luka lecur tahap 1 atau luka melecur yang ringan sahaja.
Sekiranya anda mengalami luka lecur yang teruk, segeralah untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan. Ini bagi mengelakkan anda dari mengalami lain-lain masalah seperti jangkitan kuman.
6 Tips Atasi Luka Melecur
1. Daun Lidah Buaya
Sapukan lendir (aloe vera) daun lidah buaya bagi mengelakkan melecur dengan lebih teruk. Sapu berulang kali hingga rasa panas dan pedih semakin hilang.
2. Antiseptik
Ini bagi merawat luka melecur agar tidak terkena sebarang jangkitan kuman. Anda boleh menggunakan krim antibiotik (dapatkan dari doktor) atau guna larutan Dettol untuk rendam kawasan melecur.
3. Telur
Pecahkan sebiji telur di dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas dan sapu telur tersebut di tempat yang melecur. Rasa sakit dan panas akan berkurangan.
4. Balutkan
Selepas anda mencuci luka, anda boleh menggunakan ‘gauze’ untuk membalut luka. Ini supaya luka tidak mudah dijangkiti kuman. Akan tetapi, gauze hendaklah sentiasa dipastikan bersih dan ditukar selalu.
5. Tepung
Sapukan tepung pada kawasan yang tercedera. Selepas itu, biarkan untuk seketika. Tips ini akan meredakan kesakitan yang dialami dan tidak akan meninggalkan kesan melepuh.
6. Tuamkan Luka
Basahkan tuala dan tuam tuala pada kawasan luka. Ulang sehingga 15 minit atau lebih. Lakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan daripada lepuhan pecah.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+atasi+luka+melecur
https://welovesusuibu.blogspot.my/2015/10/5-tips-rawat-luka-melecur-cepat-sembuh.html
http://naturalhealthygoodshoppe.blogspot.my/2014/10/9-petua-hilangkan-sakit-dan-kesan.html