Penyakit Heartburn
Selamat berhujung minggu semua. Artikel yang tcm nak kongsikan dengan anda semua pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali dengan istilah heartburn. Penyakit heartburn adalah suatu keadaan di mana pesakit mengalami rasa sakit dan panas pada bahagian dada mereka. Keadaan ini dapat menjadi semakin teruk apabila pesakit berada pada posisi berbaring atau menunduk.
Walaupun rasa sakit bermula pada bahagian dada, pesakit turut dapat merasa sakit hingga ke bahagian kerongkong, leher dan juga rahang. Keadaan ini biasanya terjadi setelah makan.
Gejala-Gejala Heartburn
- Sakit atau pedih dibahagian dada
- Sering terjadi selepas makan atau di waktu malam
- Merasakan semakin sakit ketika berbaring atau menunduk
Pastikan anda segera berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah.
- Terasa sangat sakit pada bahagian dada
- Sukar untuk bernafas atau menelan sesuatu
- Mengalami heartburn beberapa kali seminggu
- Ubat-ubatan tidak berkesan meredakan sakit dada
- Mual dan muntah-muntah
- Keupayaan merasa sesuatu makanan atau minuman yang berkurangan (hilang berat badan)
Faktor Penyebab Heartburn
Heartburn terjadi apabila asid perut naik ke bahagian kerongkong. Ketika kita menelan sesuatu makanan atau minuman, otot pada hujung esofagus akan membesar. Ini membolehkan makanan atau minuman tersebut turun ke dalam perut. Selepas itu, otot tersebut akan mengecil dan menutup laluan tersebut semula. Akan tetapi, sekiranya otot tersebut menjadi lemah atau dipengaruhi sesuatu, asid perut dapat naik semula ke bahagian kerongkong dan menyebabkan heartburn.
Faktor Pendorong Heartburn
Keadaan seperti hamil atau mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) dapat meningkatkan risiko seseorang itu mengalami heartburn. Selain itu, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang dapat meningkatkan risiko heartburn. Antaranya seperti :-
- Makanan bergoreng
- Makanan yang mengandungi citrus
- Alkohol dan kafein
- Bawang bombay
- Peppermint
- Makanan-makanan pedas
- Coklat
Langkah Pencegahan Heartburn
- Berhenti merokok – Merokok dapat mengganggu sistem pencernaan dan ia juga sebenarnya dapat membuatkan keadaan pesakit heartburn menjadi lebih teruk.
- Makan dalam jumlah sedikit – Individu yang makan dalam jumlah yang lebih sedikit dan kerap dapat mencegah masalah heartburn, berbanding mereka yang makan dalam jumlah yang lebih besar.
- Cegah makanan berisiko – Seperti tcm senaraikan di atas, kurangkan atau elakkan dari memakan makanan yang berisiko mendorong heartburn.
- Menurunkan berat badan – Mereka yang mengalami masalah obesiti mungkin akan mengalami serangan heartburn yang lebih ringan sekiranya mereka menurunkan berat badan. Ini berikutan tekanan yang berkurangan pada bahagian perut.
- Tidur – Elakkan dari meninggikan bahagian kepala tempat tidur anda kerana dapat menjadikan masalah heartburn semakin teruk.
- Makan malam – Pastikan anda makan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+heartburn
http://asgar.or.id/health/berita-kesehatan/penyebab-gejala-dan-pengobatan-heartburn-maag/
https://hellosehat.com/penyakit/heartburn/