Penyakit Paratifus
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai paratifus. Buat anda yang pernah dengar akan penyakit tifus, paratifus dan tifus merupakan dua perkara yang berbeza berdasarkan bateria penyebabnya. Tifus disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi, manakala paratifus pula disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella paratyphi.
Walaupun disebabkan oleh bakteria yang berbeza-beza. Kedua-dua penyakit turut bertindak menyerang bahagian yang sama iaitu pada bahagian usus. Selain itu, kedua-dua penyakit juga mempunyai gejala dan rawatan yang hampir sama.
Gejala-Gejala Paratifus
- Demam
- Sakit kepala
- Hilang selera makan (anoreksia)
- Septikemia (jangkitan darah)
- Berat badan turun
- Mengalami pembesaran organ limpa dan hati
- Mual
- Batuk kering
- Sakit perut
- Sembelit atau cirit birit (diarrhea)
- Ruam merah pada badan (rose spot)
Jangkitan penyakit paratifus banyak terjadi di kawasan yang memiliki bekalan air yang tidak bersih atau tercemar. Selain itu, kawasan yang mempunyai persekitaran yang tidak bersih juga dapat menjadi penyebab kepada penyakit ini tersebar. Nak tahu faktor penyebab lain yang dapat menyebab penyakit ini terjadi? Jom teruskan bacaan anda di bawah.
Faktor Penyebab Paratifus
Faktor penyebab paratifus dapat terjadi apabila seseorang itu tidak mencuci tangan setelah keluar dari tandas. Bakteria yang terdapat pada tangan mereka setelah tidak sengaja menyentuh najis atau air kencing dapat melekat pada barang atau tempat lain yang disentuh oleh mereka. Bakteria ini lah seterusnya yang akan tersebar apabila terdapat individu lain yang menyentuh barang atau tempat tersebut dan kemudian terus makan tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.
Sekiranya seseorang itu sudah sembuh dari penyakit paratifus, mereka turut berpotensi membawa bakteria tersebut di dalam tubuh badan mereka. Berikut tcm senaraikan faktor-faktor pendorong yang dapat menyebabkan penyakit paratifus. Antaranya :-
- Jangkitan seperti malaria, skistosomiasis, histoplamosis dan bartonellosis
- Penurunan kadar asid perut pada penggunaan ubat maag seperti antasida, ranitidin dan omeprazole serta pada penyakit-penyakit kelainan usus seperti Crohn’s disease, kolitis ulseratif dan kanser di saluran pencernaan
- Kelainan hemoglobin terutama anemia sel sabit
- Pesakit radang selaput otak atau meningitis
- Keadaan-keadaan lain yang menyebabkan tahap ketahanan tubuh badan menurun
Rawatan Paratifus
Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas, segeralah untuk dapatkan rawatan. Doktor biasanya akan memberikan ubat-ubatan antibiotik bagi membunuh bakteria serta mengurangkan komplikasi bahaya serta meredakan demam. Paratifus dapat dirawat di rumah, akan tetapi, sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti muntah berterusan, diarrhea serta perut yang tegang dan membesar, sebaiknya anda terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Tips Pencegahan Paratifus
Antara tips atau langkah pencegahan yang dapat anda amalkan di dalam mencegah penyakit paratifus adalah seperti :-
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan
- Jaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran
- Elakkan dari makan makanan mentah atau setengah masak, terutamanya dari gerai di tepi jalan
- Minum air daripada bekas yang ditutup dengan kemas sahaja
- Elakkan dari minum minuman berais yang tidak dibuat oleh anda sendiri
- Elakkan dari berkongsi makanan, minuman, peralatan makan dan minum serta peralatan mandi dengan pesakit paratifus
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=apa+itu+paratifus
http://www.autoimuncare.com/penyakit-tifus-dan-paratifus/
http://www.alodokter.com/paratifus