Penyakit Demam Campak
Hyee.. 🙂
Baru-baru nie seorang sahabat saya terkena jangkitan DEMAM CAMPAK… tahukah korang apakah itu demam campak.. kadang-kadang sesetengah tempat akan memanggil penyakit ini demam PLENTUNG ataupun chicken chop CHICKEN POX… tetapi pada istilah doktor plak ianya virus..ahh semuanya sama jer kan tapi istilah jer berlainan… 🙂
Untuk pengetahuan kengkawan semua deman campak (rubeola) adalah salah satu jangkitan akut disebabkan oleh VIRUS RNA dari keluarga PARAMYXOVIRUS yang mudah berjangkit dan merebak. Pesakit demam campak biasanya akan mengalami jangkitan di saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. komplikasi penyakit ini boleh mengancam nyawa terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil.
Kengkawan, virus ini juga hidup di dalam mucus yang terdapat didalam hidung dan tekak yang telah dijangkiti iaitu sekurang-kurangnya 4 hari sebelum timbulnya ruam selepas itu.
Virus penyakit ini tersebar melalui udara apabila pesakit yang menghidapinya batuk, bersin, atau bercakap yang telah terpercik akan tersebar menjangkiti  orang lain. Menurut kajian virus tersebut mampu bertahan selama 2 jam diudara sebelum disedut oleh orang lain disekelilingnya. Selain itu virus ini juga boleh dijangkiti setelah menyentuh permukaan yang telah dijangkiti dan kemudiannya menyentuh pula mulut dengan tangan yang telah dijangkiti. Begitu juga dengan berkongsi gelas dan bekas makanan yang sama dengan pesakit.
Apabila virus tersebut telah masuk kedalam tubuh, ia akan hidup didalam sel-sel yang melapisi bahagian belakang tekak dan paru-paru. Jangkitan seterusnya akan merebak ke seluruh badan termasuklah sistem pernafasan dan kulit. Lazimnya, tanda-tanda awal campak hanya akan muncul kira-kira 10 hingga 12 hari iaitu tempoh inkubasi atau pengeramannya selepas terdedah kepada virus tersebut.
Kepada sesiapa yang terkena virus ini, mereka akan disertakan dengan symptom-simptom seperti demam, batuk kering, selesema dan hidung berair, mata akan berwarna merah, sensitif terhadap cahaya, tompok-tompok merah kecil di lapisan dalam pipi dan juga bahagian dalam mulut seperti berwarna putih kebiru-biruan. Ianya  dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan bersambung di antara satu sama lain.
Hooyehhhhhh…!!
jika anda terkena penyakit demam campak ini segeralah melakukan pemeriksaan kesihatan dengan mendapatkan rawatan pemulihan. Pusat Rawatan THE TOLE ACUPUNCTURE-HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD menyediakan perkhidmatan untuk merawat masalah demam campak ini. Rawatannya menggunakan rawatan herba terpilih yang telah diyakini keberhasilannya.
Untuk mengetahui tentang Pusat Rawatan ini—>Â TheTOLE Medical Centre
Sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan —-> Pertanyaan
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html