Tips Kesihatan : 6 Tips Tingkatkan Stamina
Stamina merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita. Stamina yang tinggi dapat menjadikan kita seorang yang cergas dan tidak mudah letih. Stamina boleh dikatakan sebagai tenaga yang diperlukan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti untuk jangka waktu yang lama. Disebabkan itu, tcm nak kongsikan dengan anda semua hari ini bagaimana dapat kita tingkatkan stamina kita.
6 Tips Tingkatkan Stamina
1. Banyakkan Bersenam
Bersenam dengan melakukan latihan fizikal seperti berlari, menari, berbasikal dapat meningkatkan tenaga kita secara keseluruhan untuk waktu yang lama. Namun begitu, kita perlu melakukan senaman secara rutin bagi dapat meningkatkan stamina kita.
2. Makan Makanan Bersumber Kacang
Makanan daripada sumber kacang dapat meningkatkan stamina seseorang disebabkan oleh kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh badan kita bagi menghasilkan sel darah merah yang akan membantu di dalam pengangkutan oksigen ke seluruh otot.
3. Jangan Abaikan Waktu Rehat
Walaupun kita disarankan untuk banyakkan bersenam di dalam meningkatkan stamina kita. Kita juga perlu pandai untuk menyusun waktu agar kita mendapatkan rehat yang secukupnya. Ini kerana, walaupun banyak bersenam, tetapi sekiranya tubuh tidak mendapatkan rehat yang cukup, tubuh badan tetap akan merasa lemah dan tidak bertenaga.
4. Amalan Berjalan
Selain senaman seperti berlari atau berbasikal. Anda juga boleh melakukan senaman berjalan. Mudah bukan? Dengan hanya berjalan, kita sebenarnya bukan sahaja meningkatkan stamina, malah kita dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh dan juga mengurangkan stress.
5. Cari Kawan Untuk Sama Bersukan
Bagi anda yang malas untuk bersukan. Mungkin tips ini sesuai untuk anda. Cari kawan yang dapat turut serta dengan anda di dalam melakukan aktiviti seperti bermain bola sepak, badminton atau lain-lain. Secara tak langsung, cara ini dapat membuatkan anda untuk lebih semangat ketika bersenam.
6. Rekod Tahap Stamina
Rekod tahap stamina anda dan cuba untuk memperbaiki nya. Sebagai contoh, untuk permulaan cuba untuk berjogging selama 10 minit tanpa henti, atau berhenti sekiranya anda merasa penat. Cuba semula pada keesokkan harinya dengan tempoh yang lebih lama. Dengan cara ini, anda dapat melatih stamina anda menjadi lebih tinggi.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+kuatkan+stamina
http://www.tahupedia.com/content/show/747/10-Cara-Meningkatkan-Stamina
https://id.wikihow.com/Meningkatkan-Stamina