Tips Kesihatan : 8 Tips Ajar Anak Autism Membaca

oie_FDa0uc3p4trw

Membaca merupakan satu tabiat yang sangat baik. Kita sangat digalakkan untuk sering membaca. Ramai cendekiawan dan golongan bijak pandai menggalakkan kita untuk banyakkan membaca. Membaca umpama pintu kepada pelbagai ilmu. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita, membaca juga membuatkan kita sentiasa mengetahui perkembangan terkini.

Oleh kerana pentingnya tabiat membaca, hari ni tcm nak kongsikan tips atau cara bagaimana mengajar anak autism membaca.

 

8 Tips Ajar Anak Autism Membaca

1. Belajar di Papan Tulis

Cara belajar pada papan tulis adalah suatu teknik belajar kuno yang ternyata sangat memberi mafaat yang baik untuk kanak-kanak autism. Oleh kerana kanak-kanak autism juga menunjukkan ciri kanak-kanak hiperaktif, anda perlu membantu mereka untuk fokus. Caranya adalah dengan menulis sesuatu di papan tulis dan ajar mereka untuk membaca dan mengenalnya.

 

2. Gunakan Tata Bahasa Yang Sederhana

Pilihlah perkataan yang mudah difahami dan sering digunakan setiap hari. Lebih baik sekiranya perkataan tersebut pendek dan ringkas. Selain ini, anda juga disarankan untuk mempunyai ayat atau gerakan isyarat tertentu untuk satu latihan yang tertentu.

 

3. Belajar Membaca Secara Berurutan

Ajar anak anda membaca secara berurutan. Ini penting supaya mereka dapat fokus pada setiap pelajaran. Contohnya anda dapat mengajarnya bermula dari huruf pertama. Setelah itu, bantu mereka untuk kenal 5 huruf seterusnya dan ulang kembali pada keesokkannya. Setelah mereka mula faham huruf tersebut. Kenalkan mereka pada 5 huruf seterusnya dan ulang langkah ini.

 

4. Kenalpasti Bakat Anak Anda

Mengenalpasti bakat kanak-kanak autism tidaklah sesukar kanak-kanak biasa. Ini kerana, kanak-kanak autism memiliki kecenderungan untuk melakukan sesuatu perkara yang disukai mereka. Kanak-kanak autism biasanya sangat kreatif namun sangat sering sekali tidak difahami oleh orang dewasa. Perkara inilah seterusnya yang menyebabkan mereka bertindak secara komplusif ekstrim atau menjadi sangat pendiam dan tertutup.

 

5. Memberi Contoh Dengan Jelas

Antara kesukaran yang dialami kanak-kanak autism ialah mereka tidak mampu menerima penjelasan seperti kanak-kanak lain. Cuba untuk memberi contoh dengan penggunaan kata-kata yang jelas. Anda juga boleh menulis di papan tulis atau kertas dan kemudian berikan contoh bergambar.

 

6. Elakkan Dari Berlaku Sebarang Konflik

Cuba untuk elakkan dari berlaku sebarang konflik ketika mengajar kanak-kanak autism. Keadaan pembelajaran yang tenang dan selesa dapat memberikan ketenangan kepada diri mereka. Selalu puji ketika mereka melakukan sesuatu dengan baik. Banyakkan guna kata-kata positif yang dapat buatkan mereka tersenyum atau gembira.

 

7. Gunakan Buka Bersuara

Cara ini sama seperti mengajar mereka dengan menggunakan telefon pintar. Akan tetapi, alat bantuan ini lebih baik dan sesuai kerana ia sememangnya dicipta untuk kanak-kanak belajar. Minta anak anda untuk menyentuh huruf dan mengenalnya. Perkara tersebut dapat dilakukan berulang kali sehingga anak anda kenal dan faham akan huruf tersebut.

 

8. Kurangkan Bahan Visual

Ketika anda sudah terbiasa mengajar anak anda dengan alat bantu mengajar seperti gambar, anda perlu mengurangkannya. Ini kerana, kebiasaan kanak-kanak tersebut melihat gambar hanya akan membuatkan mereka meneka sahaja perkataan dari gambar yang ditunjukkan dan bukannya cuba mengenal perkataan tersebut. Akan tetapi, proses mengurangkan bahan bergambar perlulah secara perlahan-lahan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=cara+mengajar+anak+autisme+membaca

Bagaimana Mengarahkan Autisme Belajar Membaca? (9 Teknik Mengajarkan Anak Autis Membaca dan Menulis)

https://hamil.co.id/anak/parenting/cara-mengajar-anak-autis-membaca

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *