Fakta Tentang Otak Manusia
Hyee 🙂
Pe habaq semua.. harap semua sihat la ya..
Korang ada otak tak kengkawan? Hahaha… peliknya soalan saya.. mestilah semua ada kan.. kalau tak xdelaa ungkapan yang selalu kite dengar cmnie “ kepala hotak kau..!!” ye dak? 😛
Bukan pe sebenarnya kali nie saya ingin berkongsi dengan anda salah satu organ terpenting pada tubuh kita iaitu dikenali sebagai nama OTAK nie..
Okey untuk pengetahuan kengkawan semua otak adalah satu organ yang menakjubkan di dalam tubuh manusia kerana ia dapat mengendalikan system saraf pusat agar ia boleh bekerja secara normal dan teratur.otak manusia sangatlah kompleks dan terdiri sekitar 100 milion saraf (neuron) yang saling berhubungkait diantara satu sama lain. Tanpa maklumat pemprosesan otak anda, anda tidak akan tahu apa yang anda mendengar, melihat, menghidu, atau perasaan. Anda tidak akan bermimpi, tidak mempunyai kuasa penaakulan, atau mempunyai apa-apa memori tentang apa-apa yang berlaku.
Berikut adalah beberapa fakta yang menarik tentang otak manusia yang perlu diketahui:
- Saintis telah menemui bahawa otak lelaki dan perempuan bertindak berbeza keatas kesakitan, yang juga menerangkan mengapa perempuan lebih mudah berasa sakit.
- 75% otak manusia terdiri daripada air. Sebab itulah kepala akan berasa pening jika kurang meminum air masak.
- Menguap akan membuatkan oksigen lebih banyak dihantar ke otak seterusnya menyejukkan bahagian otak.
- Semasa kita bangun daripada tidur, otak kita menjana antara 10 hingga 25 watt tenaga yang mana mampu untuk menyalakan satu mentol!
- Otak manusia adalah organ yang paling gemuk dalam badan dan mengandungi lebih kurang 60% lemak.
- Otak kita mengandungi lebih kurang 100 million neurons.
- Otak manusia menggunakan 20% oksigen didalam badan.
- Mempelajari muzik mampu untuk meningkatkan organisasi otak dan keupayaannya. Ianya terbukti kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.
- Informasi didalam otak manusia dihantar dengan kelajuan lebih kurang 268 batu sejam. Kecuali anda dalam keadaan mabuk, semua benda akan bekerja dengan sangat lambat!
- Otak manusia berhenti membesar di usia 18 tahun.
- Walaupun otak kita cuma sabahagian daripada 2% berat badan sahaja, tetapi ia memerlukan 20%-30% kalori yang kita ambil setiap hari.
- Tekanan yang berlebihan akan mengubah sel-sel otak, struktur otak, dan fungsinya.
- Otak tidak mempunyai pengesan rasa sakit, jadi otak tidak merasai rasa sakit.
- Setiap neuron dalam otak berhubung antara satu sama lain melalui 40,000 penghubung setiap satu yang dipanggil “synapses”. 40,000 didarabkan dengan 100 million neurons bersamaan dengan lebih daripada bintang yang ada di alam semesta ini!
Wahhh.. hebat tak otak kita nie… untuk pengetahuan kengkawan juga Saintis telah mendapati bahawa otak manusia mempunyai kapasiti penyimpanan antara tiga dan 1000 terabytes, bergantung kepada individu. Kemudian mempertimbangkan bahawa Arkib Negara Britain, yang menyimpan 900 tahun maklumat untuk seluruh negara, mengambil masa hanya sekitar terabytes tujuh puluh. Ini bermakna bahawa anda mungkin keseluruhannya mampu menyimpan bahawa seluruh tubuh maklumat di dalam otak anda, dengan ruang untuk ganti.
Awwwww… dasyatttt..!! kesimpulannya hargailah otak anda YoooOO…!!
# kepada budak sains yang ambil paper biology, mungkin boleh menambah lagi info ini.. 🙂
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html