Alahai Perut..Diarrhea ke??
Hai perut-perut sekalian, sihat kah anda semua ? 😛 Hari ini, TCM ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang amat sinonim dengan perut, iaitu “Diarrhea”. Diarrhea atau juga lebih dikenali sebagai cirit-birit merupakan sesuatu yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Walaupun begitu, orang dewasa juga, tidak terkecuali daripada mengalaminya.
Untuk lebih jelas, diarrhea sebenarnya adalah suatu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar serta najis berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Diarrhea juga merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan untuk membuang najis secara normal serta menyebabkan dia sentiasa perlu membuang najis setiap masa. Diarrhea berpunca daripada masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
- Meminum air yang tercemar
- Pengawet makanan
- Memakan makanan yang tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh
- Alahan terhadap makanan yang dimakan
- Tindak balas terhadap ubat-ubatan
- Jangkitan kuman seperti virus, bakteria dan parasit
Antara Gejala2 Diarrhea
- Loya dan muntah
- Sakit serta kekejangan perut
- Demam
- Kehilangan banyak air serta najis tidak dicerna sepenuhnya
- Merasa keletihan
- Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus
- Cirit-birit
- Kembung perut
- Hilang selera makan
Petua Merawat Diarrhea
1. Teh Kelat
- Air teh kelat ini merupakan “Golden Tips” TCM apabila mengalami diarrhea. Berdasarkan pengalaman TCM, tips ini sememangnya mempunyai tindak balas yang terbaik di dalam merawat diarrhea. Caranya ialah, bancuh satu uncang teh dengan 1/2 cawan air panas (TANPA GULA). Biarkan air tersebut menjadi suam dan seterusnya, diminum dengan penuh perasaan berkobar-kobar. 🙂 Anda mungkin ingin meminum air tersebut dengan cepat agar tidak terasa kelatnya di dalam mulut.
2. Air Tepung
- Tips yang ini adalah khusus untuk bayi yang berumur di bawah satu tahun. Caranya ialah, bancuhkan satu sudu teh tepung gandum ke dalam segelas air kosong. Biarkan tepung tersebut mendap di dasar gelas terlebih dahulu sebelum anda berikan kepada bayi comel anda. 🙂 Sebaik-baiknya, bayi tersebut hendaklah berusia 5 bulan dan ke atas serta pilihlah tepung gandum yang bebas peluntur.
3. Air Beras
- Tips yang ketiga ialah, ambil segenggam beras dan goreng beras tersebut tanpa minyak sehingga beras tersebut berwarna kehitaman. Setelah itu, rendam beras tersebut di dalam segelas air sehingga kembang. Seterusnya, tapis air tersebut terlebih dahulu sebelum diminum. Minum di dalam anggaran satu suku cawan. Sekiranya anda masih merasa cirit-birit, ulang minum air tersebut di dalam sukatan yang sama dalam 2-3 kali atau sehingga sembuh. 🙂
Langkah2 Mencegah Diarrhea
- Pastikan anda sentiasa mencuci tangan sebelum makan
- Elakkan daripada memakan makanan yang anda alah dan ubatan yang boleh menyebabkan cirit-birit
- Elakkan daripada makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dibasuh
- Minum air dari bekalan air yang bersih, dibotolkan atau yang telah dimasak
- Makan makanan semasa masih panas, yang telah disediakan dan dimasak dengan betul
- Elakkan daripada memakan makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html